Kamu Dibenarkan Bawa Masuk Power Bank Ke Dalam Kabin Pesawat, Tetapi…

Share

Sekiranya korang mempunyai perancangan untuk melancong ke Indonesia, korang boleh menarik nafas lega apabila gajet power bank kini dibenarkan semula dibawa naik ke dalam kabin pesawat.

Walaubagaimanapun, ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh penumpang jika ingin membawa masuk dan menggunakan power bank.

Jelas Ketua Pengarah Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Agus Santoso, hanya power bank dengan keupayaan cas 100Wh ke bawah yang boleh dibawa masuk. Power bank tersebut juga perlu dibawa masuk dalam beg untuk ruang kabin, bukannya disimpan dalam bagasi yang didaftar masuk.

Sekiranya power bank berkeupayaan cas antara 100 Wh sehingga 160 Wh, gajet itu perlu melalui persetujuan petugas penerbangan. Manakala jika ia elebihi 160 Wh, gajet sama sekali tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin.

Peraturan kedua, power bank TIDAK boleh digunakan di dalam kabin pesawat. Ia tidak boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit atau kamera.

Itu bermakna, korang perlu mengecas sebelum atau selepas tempoh penerbangan. Contohnya di lapangan terbang atau mengecasnya terlebih dahulu sebelum berangkat.

Cas dulu telefon sebelum berangkat.

Walaubagaimanapun, jika syarikat penerbangan menyediakan fasiliti mengecas sedia ada di dalam kabin pesawat, korang boleh menggunakannya.

Nampak macam leceh kan, namun peraturan ini mulai diguna pakai bukan saja oleh Indonesia tetapi juga negara lain. Ia perlu dilakukan demi menjaga keselamatan penerbangan. Sebolehnya, insiden letupan dan kebakaran seperti yang pernah berlaku di dalam kabin penerbangan di China tahun lalu tidak mahu diulangi lagi.

Insiden kebakaran akibat power bank di China, tahun lalu.
IKLAN