Kamu Mangsa Body Shaming? Hafal 7 Respon Balas Paling ‘Win’ Oleh Selebriti Wanita Ini

Share

Apa yang membuatkan seorang manusia cantik?

Diversiti atau kepelbagaian tubuh badan dan rupa paras.

Namun, tak semua orang memahami konsep diversiti. Pengguna di media sosial cukup gemar untuk membeza-bezakan maksud perkataan cantik. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.

Bukan orang biasa je yang menjadi mangsa.

Wentworth Miller bukti lelaki jadi mangsa juga.

 

Selebriti juga merupakan sasaran paling mudah menerima kecaman, dibuli dan menjadi mangsa body shaming. Ada selebriti yang dirundum rasa rendah diri. Namun ada juga yang bangkit semula dan membalas kecaman body shaming dengan respon balas berbaur sentap ni.

Haa, rasakan!

 

Ruby Rose

Selepas Ruby memuat naik foto yang menampakkan bentuk tubuhnya yang kurus, ada netizen yang menyerangnya foto tersebut dan berkata “Cubalah makan burger.”

Namun Ruby melalui Instagram Stories membalas balik dengan berkata, “Badan saya adalah badan saya. I am plant based and stupidly healthy.”

Dia menyambung, “Saya makan semua benda, saya cuma tidak mengambil minuman alkohol. makanan yang diproses, susu dan daging. The end.”

 

Selena Gomez

Beberapa tahun kebelakangan ini, Selena selalu menjadi mangsa body shaming. Antara insiden paling teruk adalah ketika fotonya memakai bikini ketika bercuti ditangkap oleh paparazi dan tersebar seluruh dunia.

Selena kemudian membalas balik dengan menangkap gambarnya memakai pakaian mandi one-piece dengan caption, “I love being happy with me yall. #thereismoretolove.” Netizen yang tak tahu nak sayang diri tu mesti sentap.

 

Jennifer Lawrence

Pada tahun 2013 selepas Jennifer Lawrence memenangi anugerah Oscar, dia terlibat di dalam sebuah segmen temu bual bersama Yahoo dan mengambil kesempatan itu untuk bercakap tentang isu body shaming.

“Seharusnya, kamu hanya perlu selesa dengan rupa paras kamu. Takkan kamu ingin berlapar setiap hari untuk membuatkan orang lain sukakan kamu? Itu bodoh namanya.”

 

Amy Schumer

Sebagai seorang pelakon dan pengarah komedi, ramai beranggapan Amy Schumer akan mengambil isu body shaming sebagai gurauan. Tetapi tidak.

Amy mempertahankan bentuk badannya dan menyertakan caption, “Saya adalah saiz 6 dan saya tak merancang untuk mengubah bentuk badan saya. This is it. Kamu boleh terus berkawan dengan saya atau berambus. Kisses!

Muah back at you girl!

 

Tyra Banks

Selepas hos rancangan America’s Next Top Model ini dikecam kerana badannya yang curvy ketika berjalan di pantai, Tyra terus membuka topik body shaming semasa mengendali rancangan temu bualnya, The Tyra Banks Show.

Dia tanpa segan silu membalas kecaman netizen dengan berkata, “Kiss my fat a**!”

 

Uqasha Senrose

Ya, body shaming juga berlaku di Malaysia. Kehadiran pelakon, Uqasha Senrose di karpet merah Anugerah Skrin 2017 mengundang mulut-mulut bawang ketika Uqasha memuat naik gaun yang dipakainya.

Ada yang menyamakan gaun dengan kain langsir tak siap. Lebih teruk lagi apabila mereka berkata Uqasha telah naik berat badan dengan mendadak.

Pelakon tersebut terus menyertakan caption, “Kata la nak kata apa pun. GEMUK ke BURUK ke as long as I’m HAPPY!”

Yasss.

 

Kendal Jenner

Mangsa terbaru body shaming ini tidak dikritik kerana bentuk badan tetapi kerana kulit wajah yang dilihat mempunyai jerawat.

Ketika Kenny berjalan di karpet merah anugerah Golden Globes minggu lalu, ramai yang tidak puas hati mengenai kehadirannya sehinggakan mereka zoom in ke arah muka dan berkata mukanya tidak flawless.

What?! Biasalah remaja berusia 22 tahun untuk ada jerawat, sekali-sekala.

Kendall mudah menutup mulut netizen dengan memuat naik tweet, “Never let that sh*t stop you.”

Published by
FZ