…ataupun anak buah baru.
Kes kelahiran secara luar biasa bukanlah satu perkara baharu, menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Kata Ketua Unit Kesihatan Reproduktif di LPPKN iaitu Dr Hamizah Mohd Hassan ketika temuramah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM1, situasi baby boom
ini pernah berlaku di luar negara.Contohnya semasa penutupan bandar Maine dan New Hamshire di Amerika Syarikat akibat ribut salji selama beberapa minggu pada tahun 1998.
“Sembilan bulan kemudian, penduduk yang terperangkap di rumah dalam jangka masa yang lama mengalami baby boom ataupun kelahiran bayi luar biasa.
“Perkara sama dijangka berlaku di Malaysia kerana rakyat kini terpaksa duduk di rumah sepanjang PKP ketika ini. Ia tentunya akan mempengaruhi kadar kelahiran penduduk Malaysia menjelang awal tahun hadapan kerana majoriti pasangan dipaksa berkurung di rumah,” jelas beliau.
Situasi ini nampaknya tidak mustahil memandangkan perlaksaan PKP sekerap 2 fasa iaitu bermula 18 hingga 31 Mac lalu sebelum ia dipanjangkan dari 1 hingga 14 April ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Err, dah ready untuk menerima kelahiran bayi baru dalam keluarga korang? Hiks!
Ini merupakan antara fakta mengenai anak bongsu..