Viral di media sosial apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun dikatakan ingin terjun daripada luar tingkap rumahnya di tingkat 19 selepas bergaduh dengan ibunya kerana tidak diberikan telefon bimbit.

Di dalam video tersebut kelihatan seorang abang bomba sedang memujuk adik perempuan itu untuk naik semula ke rumahnya dengan berkata bahawa dia sudah memarahi ibunya.

Gara-gara bergaduh dengan ibu kerana penggunaan telefon, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad keluar melalui tingkap rumah dan duduk dibelabas seluas 0.6meter, tingkat 19.Kejadian berlaku di Apartment Season, di Johor bahru petang tadi.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berada diluar bangunan tingkat 19, kira-kira jam 4.10 minit petang.Sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil langkah bagi menghadapi kemungkinan kanak-kanak berkenaan terjun.Pasukan penyelamat turut menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan kusyen angin di tingkat bawah. Pada masa yang sama seorang pegawai, Ismarulnizam Isnin cuba memujuk mangsa.Selepas 15 minit usaha memujuk dilakukan, akhirnya mangsa menghulurkan tangan dan masuk semula ke dalam rumah.Mangsa kemudiannya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sumber : Buletin TV3#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, 6 October 2019

Tambah sayu lagi apabila petugas bomba tersebut turut memberitahu bahawa ibunya marah kerana rasa sayang terhadap anaknya itu.

Ya la ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan?

Ads

Pihak bomba telah membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan air cushion di tingkat bawah sekirannya berlaku perkara yang tidak diingini.

Ramai yang turut bersimpati dengan situasi ini kerana menyifatkan bahawa tindakan adik tersebut sangat merbahaya dan menakutkan.

Kanak-Kanak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Sebab Mak Tak Bagi Handphone, Netizen Puji Abang Bomba Berjaya Pujuk Kanak-Kanak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Sebab Mak Tak Bagi Handphone, Netizen Puji Abang Bomba Berjaya Pujuk

Ads

Walau bagaimanapun, tahniah kami ucapkan buat abang bomba yang telah berjaya memujuk adik tersebut.

Kanak-Kanak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Sebab Mak Tak Bagi Handphone, Netizen Puji Abang Bomba Berjaya Pujuk Kanak-Kanak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Sebab Mak Tak Bagi Handphone, Netizen Puji Abang Bomba Berjaya Pujuk Kanak-Kanak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Sebab Mak Tak Bagi Handphone, Netizen Puji Abang Bomba Berjaya Pujuk

Ads

Kanak-Kanak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Sebab Mak Tak Bagi Handphone, Netizen Puji Abang Bomba Berjaya Pujuk

Dalam hal ini, tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya, jadikan sebagai teladan untuk kita lebih berwaspada dalam memerhati orang-orang tersayang disekeliling.

Dan semoga adik tersebut mendapat pengajaran daripada segala yang telah berlaku ini.

Sumber: Harian Metro & Info Roadblock JPJ/Polis

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI