Pelajar 12 Tahun Maut Ketika Guna Telefon Bimbit, 10 Tip Elak Disambar Kilat Petir

Share

Malang tidak berbau.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menemui ajal selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon pintar dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN : Benarkah Air Hujan Penyebab Sakit Kepala & Demam Selesema, Doktor Beri Penjelasan

Bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, mengatakan ketika kejadian, dia baharu selesai solat asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, yang merupakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengannya.

Menurut bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, ketika kejadian, dia baharu selesai solat asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.

Foto Via Pexels

“Isteri saya memaklumkan Nur Asyqin Qistina yang merupakan anak keempat daripada lima beradik pengsan di tempat tidur dengan tangan kanannya memegang telefon pintar yang sedang dicas.”

Al fatihah buat adik Nur Asyqin dan salam takziah buat keluarga. Moga boleh dijadikan iktibar buat kita semua.

Selain jangan main cas handphone ini tip perlu diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Foto Kredit : Via Pexels

1. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI LUAR dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!

2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.

3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.

4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.

5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.

6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.

7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).

8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.

9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.

10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.

Al-Fatihah ( dengan bacaan untuk Nur Asyqin Qistina ). Untuk korang diluar sana, diharap mengambil pengajaran dari ini dan elak cas telefon pintar ketika hujan atau petir.

Sumber:  Astro Awani

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana