Berita

Kanak-Kanak Autisme Hilang Sejak Kelmarin, Adik Zayn Rayyan Ditemui Tidak Bernyawa Berdekatan Anak Sungai

Share

Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Autisme Bukan Halangan, Nur Arif Jasmin Kini Bergelar Pelajar PhD Setelah Tamat Pengajian Sarjana

Mayat Zayn Rayyan berusia enam tahun itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa.

Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai di sini.

Setakat ini, pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat mangsa ditemui.

Kanak-kanak itu disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan, kira-kira 12.30 tengah hari.

Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata selepas kehilangan anaknya dia cuba mencari di kawasan sekitar tetapi gagal sebelum memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat untuk membantu mencari Zayn.

“Pada petang semalam, ada beberapa budak yang baru balik dari sekolah beritahu melihat anak saya masuk ke kawasan belukar berhampiran.

“Tapi apabila pasukan bomba dan unit anjing pengesan (K9) polis cuba carinya di kawasan itu, mereka maklumkan tiada kesan tapak kaki atau sebarang petunjuk anak saya berada di situ,” katanya.

BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Berita Harian

 

 

Published by
Adriana Syaurah