Kami di REMAJA memang cukup pantang bila orang buat main-main dengan makanan. Apatah lagi menjadikan makanan itu sebagai salah satu objek melakukan prank yang kurang cerdik.
Di Australia seorang kanak-kanak lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia dapati meletakkan jarum di dalam bungkusan buah strawberi.
Siasatan awal mendapat bahawa dia melakukannya di atas dasar ‘prank’. Menurut laporan, Detektif New South Wales telah menahan kanak-kanak tersebut pada Rabu yang lalu namun mengkhuatiri kejadian copycat
atau meniru daripada kejadian ini berlaku.Pemangku Penolong Komisioner NSW Police, Stuart Smith berkata disebabkan kanak-kanak tersebut masih lagi di bawah umur dia tidak akan didakwa di atas dakwaam merosakkan dengan meracuni atau mendatangkan bahaya makanan berbentuk buah-buahan yang di mana boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Disebabkan masih juvana kanak-kanak tersebut akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem dipanggil ‘youth cautioning system’.
Kejadian tersebut yang tular di media sosial telah mencetuskan kegusaran di kalangan orang awam di Australia yang risau akan keselamatan makanan di pasaran.
BACA: 9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang Austisme
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut menyelar tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terutamanya datang daripada kanak-kanak yang harus didik menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. Perbuatan yang turut dianggap sabotaj yang mampu mengancam nyawa orang awam ini juga menjadi topik perbualan hangat netizen yang mahu tindakan lebih tegas dikenakan kepada pelaku.
Sehingga kini terdapat lebih 100 kes sedang disiasat dan terdapat 13 laporan daripada orang awma tentang kejadian jarum di dalam buah strawberi. NSW Police turut menawarkan habuan sebanyak AUD100,000 (RM300,424) kepada sesiapa yang dapat tampil memberikan maklumat terhadap pelaku lain.
Digarapkan agar kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Ia satu perkara yang bukan sahaja membahayakan nyawa tetapi boleh menjejaskan industri makanan di negara kita.