Seorang kanak-kanak genius berusia 5 tahun cipta sejarah apabila mampu menjawab kira-kira 10 soalan matematik dengan tepat kurang dari 60 saat tanpa menggunakan bantuan kalkulator.

ARTIKEL BERKAITAN : Menginjak Remaja, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi IQ Bella Lebih 130 Dan Genius!

Bukan itu sahaja, Uwais Mohammad Zulqarnain bukan saja berjaya membuat pengiraan darab satu angka malah boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi.

Uwais Mohammad Zulqarnain

Ibu kanak-kanak berkenaan, Surya Syafiqah A Rahim, 32, berkata sejak berusia empat tahun, anak lelaki sulungnya daripada dua beradik dapat menguasai matematik secara berperingkat apabila boleh membuat pengiraan tambahan, tolak dan darab.

Surya Syafiqah yang juga pengurus perolehan sebuah syarikat swasta berkata, Uwais juga boleh membuat pengiraan ratusan hingga trilion.

Uwais juga boleh membuat pengiraan kuasa dan punca kuasa.

 

Ads

Tidak dinafikan kebolehan dan keistimewaan Uwais adalah hasil kesungguhannya dan suami, Mohammad Zulqarnain Alan Zamirza, 33, yang merupakan jurutera sentiasa berusaha memupuk minat anaknya dalam akademik.

“Kami sentiasa mendedahkan permainan pengiraan kepada Uwais selain membawa Uwais ke kedai buku dan teman saya membaca.

“Kami juga menghantarnya ke kelas membaca dan pertuturan di bandar raya ini.

“Dia memang berminat untuk belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol dan Russia, dia belajar sendiri dengan mengakses sumber pembelajaran dalam talian dengan pemantauan saya dan suami.

Ads

“Berbanding bermain permainan video di telefon bimbit, Uwais lebih gemar belajar sesuatu yang baharu,” katanya.

Sepatutnya Uwais mengikuti kelas matematik kanak-kanak lima tahun namun kini dia dimasukkan ke kelas kanak-kanak enam tahun.

“Selalunya dia jawab satu soalan matematik untuk darab satu angka antara 3 hingga 5 saat.

“Selalunya saya akan memberikannya 20 soalan, kemudian berehat sekejap, namun dia tidak pernah bosan sebaliknya mahu mencuba lebih banyak soalan,” katanya.

Ads

Uwais pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat sekolah termasuk murid cemerlang dan anugerah matematik.

“Selain pendedahan kami lakukan, pemakanan Uwais juga banyak mempengaruhi kekuatan mindanya kerana dia gemar mengambil sayuran seperti brokoli, timun, lobak merah, tomato selain buah-buahan dalam menu harian.

“Kami berharap perkembangan aritmetik anak semakin meningkat selain dapat meningkatkan penguasaan ilmu matematik dan bahasa,” katanya ditemui di Taman Pulai, semalam.

Patutlah Uwais genius, mak ayah dia memang pentingkan pendidikan dari kecil.

Sumber: Berita Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI