Bukan satu tapi dua rekod sekali kanak-kanak ini terima.
Nama Anjanaa Rhea Ganeson tersenarai ke dalam Rekod Dunia Kanak-kanak Kanada (KWR) dan Buku Rekod Dunia Jackhi (JBWR) India dalam masa terpantas untuk mengenal pasti 230 bendera negara iaitu selama empat minit dan 38 saat.
Untuk pengetahuan, murid tahun dua dari SK Seri Selangor di Subang Jaya, Selangor ini dapat mengenal pasti lebih 200 bendera negara dalam masa kurang lima minit.
“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk memperoleh pengiktirafan berganda ini. Ia pastinya akan menggalakkan saya untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan,” kata Anjanaa.
Anjanaa memperoleh KWR, portal dalam talian berpangkalan di Kanada yang menonjolkan kanak-kanak berbakat berumur empat hingga 16 tahun, di bawah kategori perempuan (tujuh hingga sembilan tahun).
Ads
Manakala, dia juga berjaya dalam rekod JBWR yang berpangkalan di Tamil Nadu, India. Perkara ini membuatkannya berasa bangga kerana dapat mencungkil bakat terpendam dirinya ke seluruh dunia.
Anjanaa yang berusia lapan tahun menyelesaikan rekod itu secara maya dan telah memperoleh pengiktirafan daripada KWR dan JBWR pada bulan Januari dan Mac.
Dia menjelaskan bahawa dia dapat membaca 195 bendera negara dan ibu kota negara sejak dia berusia enam tahun lagi.
“Ia berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Sepanjang tempoh duduk di rumah, ibu bapa saya mencipta aktiviti yang menyeronokkan untuk saya.
Ads
Salah satunya ialah menghafal bendera. Ia memerlukan disiplin dan banyak latihan untuk mencapai rekod masa,” jelas Anjanaa.
Pada masa ini, Anjanaa sedang berusaha keras untuk memperbaiki rekod masanya dan memecahkan lebih banyak rekod dunia.
Bulan depan, dia akan mewakili Malaysia di Pertandingan Muzik dan Bakat Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik 2022.
Tahniah Anjanaa, kecil-kecil lagi dah mengharumkan nama Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=_rxG36r_0A4
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya, bila korang mengalami batuk, tak terus pergi klinik dan hanya dapatkan ubat di farmasi atau kedai serbaneka sebab kalau jumpa doktor pun mesti mereka beri ubat batuk yang kita oleh dapatkan diluar.
Jadi, untuk tidak beratur menunggu giliran di klinik, paling mudah dapatkan saja ubat batuk di farmasi.
Tapi sebelum beli, ada baiknya kalau kita buat sendiri remedi ubat batuk ini.
Dr Rizal Abu Bakar dari Neuroversiti.com telah membuat satu perkongsian yang sangat berguna untuk kita semua ketika ini iaitu cara-cara untuk membuat sendiri ubat batuk di rumah.
Ikuti perkongsian yang dibuat melalui laman Facebook beliau berikut:
Caranya ialah:
Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
Leraikan lapisan bawang tadi.
Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
Gaulkan biar rata.
Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
Ambil satu sudu dan minum.
Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.
Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.
Perkongsian beliau ini juga telah di’share’ sebanyak lebih 5 ribu kali di Facebook dalam masa sejam!
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes sebuah butik di Sunway Pyramid ditutup gara-gara seorang stafnya terkena jangkitan Covid-19, terbaru harini pihak NU Sentral pula mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook tentang seorang staf pengurusannya yang dilaporkan positif Covid-19.
Dalam hantaran di laman Facebook pusat membeli belah tersebut, pihak pengurusan NU Sentral menyatakan yang Kementerian Kesihatan telah melakukan pengesanan kontak rapat dan seluruh staf pengurusan pusat membeli-belah itu diarahkan menjalani ujian saringan.
Ujian pertama mendapati kesemua mereka negatif virus tersebut dan diarahkan menjalani 14 hari kuarantin di rumah.
PUBLIC ADVISORY – NU SENTRAL SHOPPING CENTRE MANAGEMENT STAFF REPORTED POSITIVE COVID-19 The NU Sentral Management…
Sebagai langkah berjaga-jaga pihak pusat membeli belah terbabit telah menjalankan kerja nyahkuman dan pembersihan secara menyeluruh pada Sabtu, 26 September mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
***P/S – Kalau boleh elakkan mengunjungi lokasi yang sesak. Cegah sebelum kita menyesal di kemudian hari. Amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengenakan topeng muka apabila berada di Kawasan umum. Warga lembah kelang terutamanya, jagalah kesihatan diri masing-masing. #kitajagakita
Sumber: Facebook NU Sentral
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pergilah ke mana sahaja bila biacara tentang industri muzik global kita pasti tidak dapat mengelak berbicara tentang K-pop. Bukan hanya K-drama, fesyen, makanan malah tarian dari Korea Selatan ini turut menjadi ikutan semua. Begitulah pengaruh K-pop yang mempunyai pengikut setia diseluruh dunia.
Malah, remaja Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Baru-baru ini seorang influencer Malaysia yang merupakan pelajar di Korea dan aktif menari di laman media sosial iaitu Sabrina Azhar.
Meskipun merupakan seorang hijabi, ianya tidak menghalang gadis berusia 23 tahun itu untuk memaparkan bakat menarinya buat tatapan semua. Bukan sahaja menari, malah Sabrina sudah pun bernaung di sebuah agensi hiburan di Korea bagi mengembangkan lagi bakatnya.
Menariknya, kisah anak kelahiran Subang ini turut menarik perhatian media antarabangsa dan ditayangkan di BBC. Tapi, malangnya perkara ini tidak disambut dengan baik oleh netizen Malaysia.
Untuk info, video berdurasi pendek itu, Sabrina dilihat memperkenalkan dirinya dan berselang seli dengan klip kehidupan beliau di Korea Selatan serta video pendek tarian k-pop.
“I like my hijab and I like dancing.”
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
Tujuan video itu dibuat adalah untuk memaparkan realiti sebenarnya dunia tarian k-pop yang datang dari pelbagai sudut pegangan dan budaya. Ia juga mengetengah bagaimana k-pop kini menjadi cara hidup bagi sesetengah remaja.
Gadis jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang, Seoul ini dalam video tersebut turut menyatakan bahawa dia memahami dunia batas-batas yang telah ditetapkan, namun baginya jika ia melakukan sesuatu perkara yang betul atau tidak melakukan kerosakan ke atas orang lain, jadi ia bukanlah suatu masalah.
Dikecam Netizen
Bagaimanapun, sejak dimuat naik. Video itu tidak diterima baik oleh netizen terutamanya di Malaysia. Sebahagiannya mengecam beliau dan ada juga yang mempersoal pandangan beliau.
Malah, kenyataan yang dikeluarkannya di dalam dokumentari itu menerima kritikan ramai kerana sepertinya bercanggah dengan agama Islam.
Dalam pada itu, Sabrina masih berdiam dan tidak mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini.
Hmm…Apa pandangan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...