
Korang ingat lagi tak seorang kanak-kanak lelaki yang pernah viral kerana sering memuat naik video memberikan nasihat kepada orang ramai. Paling diingati adalah videonya yang memarahi orang awam menggunakan pelitup muka dengan cara yang salah.
Muhammad Amin Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming, berusia lapan tahun telah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi.

Menurut Sinar Harian, ibu Aming menjelaskan bahawa anaknya itu tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia. Tambahnya lagi, sebelum itu Aming berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti COVID-19.
“Dia cuma makan mi segera sahaja, kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa sahaja sebab anak saya tidak sakit. Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat,” jelas ibu Aming.

Sebelum Aming meninggal dunia, dia sempat memberi pesanan buat ibunya supaya menutup aurat dengan sempurna.
Walaupun baru berusia 8 tahun, Aming sudah begitu bertanggungjawab terhadap keluarganya. Kanak-kanak itu akan dikebumikan terus di tanah perkuburan Kampung Titingan sebaik selesai untuk pengurusan jenazah.
Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga Aming.
Sumber: (1)
Macau Scam Ramai Kaki! Kena Tangkap Cuma Boss Melayu, PPIM Ingatkan Jangan Selesa Sangat

Ramai melahirkan rasa lega dengan penahanan boss scammer Macau Scam dan berita mengenai mereka tular di media sosial.
Ramai menzahirkan rasa terkejut kerana sangkaan mereka, ahli sindiket ini datang dari negara luar iaitu Cina sebaliknya apabila penahanan ahli scammer ini menunjukkan ia berbangsa Melayu, ramai yang terkejut.
Ada yang mengakui lega kerana menyangka sindiket ini sudah berakhir dengan tertangkapnya ketua sindiket ini.
Tapi pendedahan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia ini pasti membuatkan ramai terkejut kerana yang ditahan itu hanya sebahagian dari ahli sindiket dan masih ramai lagi kaki Macau scam ini.
Pendek kata kita jangan selesa kerana mereka ini cukup terlatih untuk memperdayakan orang ramai. Walau beratus akaun dan RM75 juta wang dibeku tetapi sindiket Macau Scam ini masih ramai di luar sana.
So korang, berhati-hati la ya jangan mudah menyangka Macau Scam ini sudah berakhir. Baca perkongsian dari PPIM tentang isu ini.
Boss besar scammer melayu dah ditangkap, namun Macau Scam ini tidak akan berhenti kerana masih banyak scammer lain yang berada di luar sana. Malaysia merupakan lokasi popular untuk Macau Scam dari China bertapak. Khabarnya, scammer melayu ni pun dulunya 'berguru' dengan sifu dari China. Nescaya masih ramai lagi scammer Macau Scam yang bebas di luar sana yang masih lagi memperdayakan orang ramai..
——–
Perjuangan ini semakin sukar, kami tidak mampu lakukanya sendiri dan menyeru sokongan serta sumbangan dari Perjuangan ini semakin sukar, kami tidak mampu lakukanya sendiri dan menyeru sokongan serta sumbangan dari anda.
…
Sumbangan anda dapat membantu:
Penyelesaian Kes & Aduan Penganiayaan Serta Penipuan.
Bantuan Kepada Mangsa Ditindas.
Program Kesedaran Masyarakat.
Sumbangan Bantuan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan.
Pendidikan Pengguna.
Sebahagian Kos Operasi PPIM.
.
Anda boleh hulurkan sumbangan secara online di:
https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM
.
Bantu kami dengan LIKE, SHARE dan DOAKAN agar perjuangan dan sumbangan anda berjaya dan diberkati.
.
Semoga sumbangan dan pengorbanan anda mampu membantu golongan yang di dalam kesusahan dan Allah memberkati segala urusan dan wang ringgit yang anda sumbangan. “Perjuangan Bersama Demi Pengguna”
2 Pegawai Polis Ditahan Terlibat Macau Scam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai polis berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan ratusan juta ringgit.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penahanan itu berkata, SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan secara rasmi kepada pasukan keselamatan itu setakat ini.
"Apa yang saya ingin nyatakan di sini, kes ini disiasat SPRM dan untuk tujuan itu, saya mewakili pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenainya.
"Ya betul, dua pegawai kita ditahan SPRM, tapi kita juga belum mendapat sebarang perincian rasmi sama ada mereka ditahan atas kes lain atau kes yang sedang disiasat SPRM ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial dan pelancaran portal dan aplikasi Semak Mule di sini, pada Rabu.
Sebelum ini, media mendedahkan dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi beroperasi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan 'pelaburan'termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform 'membersihkan' wang hasil penipuan.
Sindiket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan haram berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.
Baru-baru ini, SPRM mendapat perintah tahanan reman selama lima hari ke atas lima individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menggunakan modus operandi berkenaan (sumber : Astro Awani)
Balasan Setimpal, Geng Basikal Yang Persenda OKU Dicari Polis

Semalam, REMAJA ada melaporkan mengenai empat orang susupek yang berkelakuan biadap ketika menggunakan tandas yang dikhaskan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
ARTIKEL BERKAITAN : Lagi Kes Persenda OKU, Tular Video ‘Geng Basikal’ Masuk Tandas Khas OKU – REMAJA
Video yang tular di TikTok itu menunjukkan bagaimana dua orang wanita dan dua orang lelaki dalam persalinan penunggang basikal mempersendakan golongan OKU sambil sakan bergelak tawa setelah salah seorang mengajuk gaya insan OKU di hadapan pintu tandas.
Perbuatan tersebut telah menerima kecaman daripada rakyat Malaysia termasuklah selebriti berpengaruh seperti Senator Ras Adiba yang mendesak agar suspek dalam video tersebut membuat permohonan maaf terbuka kepada golongan OKU.
Well guys, nampaknya kelakuan mereka ini akan menerima balasan setimpal setelah pihak polis mengesahkan sedang mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam video ini DAN dalam sebuah lagi video tular di parkir kenderaan Mid Valley Megamall yang juga mempersendakan golongan OKU pada minggu ini.
Pada waktu yang sama, suspek dalam kedua-dua video itu juga jelas menyalahgunakan harta benda awam yang dikhaskan untuk golongan OKU.
iyaaa lawakk. sangat lawak yaa. pic.twitter.com/t3YcuRnhEa
— flaawehh (@farrashafeka) December 8, 2021
Kata Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, aduan telah diterima oleh pihaknya setelah pengadu menonton dua klip video yang dimuat naik di TikTok itu.
Khabarnya, aduan diterima oleh pengadu yang berada di bangunan Parlimen. Tidak mustahil aduan itu telah dibuat oleh Senator Ras Adiba sendiri.
Ulas Beh Eng Lai, “Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan sama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian.
“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dengan penggunaan media sosial secara tidak wajar,” katanya.
Demi membantu siasatan, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek dalam dua video tular ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206.
Ingat, nak bergurau pun perlu lihat tempat dan masanya. Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka.
SUMBER : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Zynakal Dah Seperti Keluarga, Saya Kena Tolong” – Sufian Suhaimi

Bros before foes, guys.
Kalau korang masih ingat dengan kes penyanyi berusia 21 tahun yang dilaporkan cuba mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan enggan bekerjasama dengan pihak polis, pastinya korang sudah tahu bahawa penyanyi yang dimaksdkan ialah komposer remaja, Zynakal.
Kes yang berlaku pada akhir bulan Ogos lalu telah mengakibatkan penahanan Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli oleh pihak polis dan didenda RM2,8000 oleh mahkamah selepas dia mengaku salah.
Seorang rakannya yang berada di lokasi iaitu penyanyi Fareez Fauzi tampil menceritakan apa yang sebenarnya terjadi daripada point of view-nya. Dia pertahankan Zynakal dengan berkata rakannya itu sedang bergelut dengan emosi pada masa ini.
BACA: “Serang Pekerja Stesen Minyak Kerana Tertekan” Fareez Fauzi Buka Cerita
Kini, seorang lagi rakan Zynakal iaitu Sufian Suhaimi beranggapan keadaannya semakin baik selepas Sufian membawanya mendapatkan rawatan.
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro, Sufian mengakui terkejut dengan tindakan luar daripada kebiasaan oleh Zynakal. “Saya tahu bukan itu sikap sebenarnya. Dia seorang yang pemalu, merendah diri dan menghormati orang lain.
“Zynakal sudah seperti keluarga, jadi bila ada yang berdepan masalah tentulah kita perlu membantu,” jelasnya.
Sufian kini sedang membantu dia mengembalikan kesihatan rakannya itu secara fizikal dan mental. Ia masih diteruskan sehingga kini. Oleh itu, rakan komposer bagi lagu Mencoba nyanyian Sufian itu sedang berehat daripada karier seninya buat masa ini.
Good job Sufian!
BACA: Melting Tengok! Peminat Teruja Sufian Suhaimi Bergelar Young Daddy
Pada minggu lalu, seorang lagi penyanyi remaja iaitu Ismail Izzani telah meluahkan rasa rindunya kepada Zynakal.
Dalam posting di Instagram itu, Mail menulis, “Get well soon Zynakal. Aku dengan mama rindu kau. Please comeback. Doakan Zyn pulih macam dulu guys.