Kanak-Kanak Yang Pernah Tular Di Media Sosial, Aming Meninggal Dunia Di Usia 8 Tahun

Share

Korang ingat lagi tak seorang kanak-kanak lelaki yang pernah viral kerana sering memuat naik video memberikan nasihat kepada orang ramai. Paling diingati adalah videonya yang memarahi orang awam menggunakan pelitup muka dengan cara yang salah.

Muhammad Amin Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming, berusia lapan tahun telah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sumber: Lahad Datu Fm

Menurut Sinar Harian, ibu Aming menjelaskan bahawa anaknya itu tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia. Tambahnya lagi, sebelum itu Aming berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti COVID-19.

“Dia cuma makan mi segera sahaja, kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa sahaja sebab anak saya tidak sakit. Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat,” jelas ibu Aming.

Sumber foto: Jimmar Julhori

Sebelum Aming meninggal dunia, dia sempat memberi pesanan buat ibunya supaya menutup aurat dengan sempurna.

Walaupun baru berusia 8 tahun, Aming sudah begitu bertanggungjawab terhadap keluarganya. Kanak-kanak itu akan dikebumikan terus di tanah perkuburan Kampung Titingan sebaik selesai untuk pengurusan jenazah.

Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga Aming.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman