Kangin Sah Keluar Super Junior!

Share

Setelah sekian lama mendiamkan diripada dari industri seni Korea Selatan, akhirnya ahli Super Junior, Kangin memutuskan untuk keluar daripada grup tersebut.

Dia membuat pengumuman tersebut menerusi laman Instagramnya, hari ini. Dia juga sempat berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.

“Hai, ini adalah Kangin. Sudah lama saya bertemu dengan korang semua. Hari ini, saya amat berbelah bahagi untuk menyampaikan berita ini kerana ia adalah berita buruk namun saya menulis kenyataan ini setelah berfikir panjang.

“Setelah begitu lama, saya akan berhenti menggunakan gelaran ‘Super Junior’.

“Saya sentiasa rasa bersalah dengan ahli-ahli lain. Saya selalu memikirkan ia adalah perkara terbaik untuk berbuat keputusan dengan cepat.

“Namun, oleh kerana pihak pengurusan sering menyokong tindakan bodoh saya, saya rasa bersalah dan tidak mampu untuk menjadi berani. Saya juga merasakan bahawa sata tidak patut membuat keputusan seorang diri.

“Bagaimanapun, saya berkeputusan untuk tidak melengah-lengahkan keputusan saya lagi. Melihat ahli-ahli saya yang lain melalui perkara yang tidak seharusnya mereka lalui hanya kerana masalah saya.

“Paling penting, saya merasa bersalah terhadap E.L.F (peminat Super Junior) yang banyak memberikan kasih-sayang dan sokongan kepada saya selama 14 tahun.

“Mungkin sudah terlambat untuk mengatakan ini namun sama ada bersama Super Junior ataupun solo, saya sentiasa akan rasa bersalah dan bersyukur, perasaan itu selamanya akan berada di dalam hati saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli dan staf pengurusan yang selama ini menjaga saya. Selamanya, saya akan menyokong Super Junior, terima kasih,” tulisnya.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Agensi Kangin, SM Entertaiment.

“Kangin memutuskan untuk keluar daripada Super Junior di atas keputusannya sendiri dan kami menghormati keputusan tersebut. Namun, kontraks ekskusifnya bersama kami masih lagi ada,” tulis kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Super Junior mengumumkan comeback mereka tanpa ahli penuh tanpa Kangin dan Sungmin walaupun kesemua ahlinya sudah pun tamat menjalani latihan khidmat negara mereka.

Susulan itu, peminat meluahkan kemarahan mereka menuduh Kangin adalah punca dan meminta agar dia keluar daripada grup tersebut.

Untuk pengetahuan, Kangin sebelum ini juga terlibat dengan kes memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan dia direhatkan sementara daripada aktiviti grup tersebut.

Published by
Khaleeda