Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kempen Payudara dan disambut setiap tahun bagi menerangkan kepada golongan wanita betapa pentingkan menjalani pemeriksaan kesihatan bagi pencegahan awal.
ARTIKEL BERKAITAN : Patutlah Wanita Mudah Kena Kanser Payudara, Rupanya Hari-Hari Kita Makan Makanan Ini
Pengarah Urusan Columbia Asia, Dr Chan Boon Kheng baru-baru ini berkata, laporan daftar kanser kebangsaan 2012-2016 menunjukkan peningkatan 11 peratus kes kanser baharu dengan lebih 30 peratus kematian direkodkan berbanding tahun 2007-2011. Malah, penyakit tersebut ketika ini telah menyumbang kira-kira 34.1 peratus daripada keseluruhan penyakit kanser yang dialami wanita di negara ini.
Lebih membimbangkan katanya, kebanyakan kes tersebut hanya boleh dikesan pada tahap ketiga dan ke atas.
Mengambil serius tentang penyakit ini dan bersempena bulan Oktober yang merupakan bulan kesedaran kanser, Hospital Columbia Asia melancarkan pusat kanser pertamanya di cawangan Bukit Rimau di sini yang menawarkan perkhidmatan saringan kanser dan diagnostik, rawatan serta rehabilitasi.
Pusat kanser tersebut turut dilengkapi peralatan serta pakar perubatan berpengalaman yang disokong pasukan radioterapi dan unit kimoterapi. Malah, pembukaan pusat kanser itu diharap memberikan rawatan holistik melalui pencegahan kanser, bimbingan serta sokongan buat pesakit.
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)
Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) ketika mandi merupakan cara yang paling utama dan mudah dilakukan sendiri di rumah. Pemeriksaan ini dapat membantu dalam pengesanan awal tanda-tanda kanser.
Lakukan PSP secara berkala kerana ia dapat meningkatkan tahap kepekaan terhadap sebarang perubahan kepada tubuh badan korang.
1. Angkat lengan kiri dan letakkan di belakang kepala
2. Dengan menggunakan tiga jari tengah daripada tangan kanan yang bersabun, lakukan gerakan secara bulatan kecil di sekitar payudara untuk mengesan sebarang ketulan.
3. Sentiasa bermula daripada bahagian luar payudara dengan gerakan bulatan kecil mengarah ke bahagian puting payudara.
4. Pasti kan anda memeriksa seluruh payudara, ketiak dan belakang puting.
5. Ulang langkah di atas dengan menggunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.
6. Lakukan pemeriksaan setiap bulan. Masa terbaik adalah beberapa hari selepas tempoh haid tamat, apabila payudara anda dalam keadaan tidak tegang.
7. Sekiranya anda sudah putus haid, pilih tarikh yang tetap untuk pemeriksaan sendiri payudara secara bulanan.
Mudah je kan? So, lepas ni dah tak ada alasan yang anda tak tahu macam mana nak check sendiri di rumah.
Sempena pembukaan pusat kanser itu, Hospital Columbia Asia juga mengambil inisiatif Breaking Barriers menerusi kempen #ClockOut2CheckUp menerusi saringan kanser percuma ke atas 275 kakitangannya.
Kini, hospital itu turut menawarkan lebih 1,000 saringan kepada mana-mana syarikat yang berminat menyertai inisiatif tersebut dengan mendaftar di www.columbiaasia.com/ClockOut2CheckUp bermula 29 September hingga 31 September 2022.
Pihak hospital juga akan menawarkan 200 saringan kanser melibatkan orang awam mulai 1 Oktober 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.