Pemain base band CNBLUE, Jong Hyun mengumumkan keluar daripada band tersebut setelah kantoi menghantar DM kepada seorang Youtuber.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh selebriti tersebut menerusi laman Instagramnya.

“Hai, ini adalah Lee Jong Hyun. Saya pernah meminta maaf kepada mereka yang terluka dengan kata-kata saya sebelum ini.

“Walaupun agak lewat, saya ingin mengumumkan pengunduran saya daripada CNBLUE. Saya berasa amat bersalah terhadap ahli-ahli band yang terluka dengan sikap saya. Mereka juga tahu mengenai pengunduran saya ini.

“Saya sanagt malu kerana menyebabkan peminat-peminat saya kecewa. Memandangkan kami (CNBLUE) semua kini sedang berada di dalam tentera, ia mengambil masa sedikit untuk mengumumkan perkara ini. Saya minta maaf atas kesilapan saya yang memalukan dan mendatangkan kritikan ini,” tulisnya.

Ads

Bagaimanapun, Jong Hyun kemudiannya memadam Instagramnya.

Sementara itu, Youtuber yang berkongsi DM Jong Hyun kepada umum sekaligus mengantoikan selebriti itu memuat naik kenyatan meminta maaf kepada umum.

“Hai, ini adalah Park Min Jung. Saya minta maaf kerana apa yang saya muat naik semalam menimbulkan kontroversi.  Pertama sekali, saya menerima DM peribadi daripada CNBLUE Lee Jong Hyun adalah pada minggu lalu.

Ads

“Ketika itu, saya sedar bahawa dia sedang dalam proses muhasabah diri jadi saya tidak melayannya. Apabila saya menerima satu lagi mesej, secara jujurnya, saya berasa sangat tidak selesa dan risau jika wanita lain mengalami nasib yang sama dengan saya. Oleh itu, saya ingin menghalang daripada perkara tersebut terjadi.

“Itu adalah sebab utama saya memuat naik DM tersebut di IG. Saya kini sudah membuang dan untuk masa akan datang akan berhati-hati memuat naik sesuatu tanpa berfikir panjang. Saya minta maaf,” tulisnya.

Ads

View this post on Instagram

안녕하세요 박민정입니다. 어제 밤에 올린 스토리로 인해 많은 논란을 일으킨 점 죄송합니다. 우선 씨엔블루 이종현님께 저번주쯤 첫번째 다이렉트가 왔었는데, 자숙중이신걸로 알고 그냥 무시했습니다. 그 다음 또 다이렉트가 오길래 솔직한 마음으로는 조금 불쾌감을 느꼈습니다. 다른 여성분들께도 메세지를 하고 안좋은 일이 생길까봐 막고자 하는 마음도 있었습니다. 이러한 이유로 스토리를 올리게 되었는데, 개인적인 대화내용을 공개한 점에 대해서는 정말 죄송하다는 말씀을 드리고 싶습니다. 현재 스토리는 내린 상태이고 앞으로 이런 경솔한 행동을 하지 않도록 조심하겠습니다. 죄송합니다.

A post shared by 박민정 (@1995.mj) on

Sebelum ini, Park Min Jung berkongsi DM peribadi Jong Hyun kepadanya melihatkan artis tersebut memuji susuk tubuhnya dan meminta agar youtuber tersebut memuat naik banyak lagi video.

Jong Hyun juga turut mengaku terlibat dengan skandal melibatkan video lucah mengaitkan Seungri, Jung Jong Young dan ramai lagi.

Sumber: Soompi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI