Sadis betul bila dijatuhkan hukuman mati hanya kerana siri ‘Squid Game’. Pelik dan nak tahu kenapa?
Korang patut bersyukur dan beruntung, di lahirkan dalam negara yang mementingkan kebebasan dan hak kesamaan. Berbanding negara Korea Utara yang cukup terkenal dengan rejim kuku besinya, dengan menyekat segala bentuk kebebasan kepada rakyatnya.
Inilah nasib seorang lelaki Korea Utara, menurut laporan portal Radio Free Asia (RFA) Korea Utara telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki yang menyeludup dan menjual salinan siri ‘Squid Game’ selepas pihak berkuasa menangkap tujuh pelajar sekolah menengah menonton rancangan popular global berbahasa Korea itu.
Penyeludup itu dikatakan membawa salinan siri Netflix tersebut ke Korea Utara selepas pulang dari China dan menjual USB yang mengandungi siri ‘Squid Game’ itu. Menurut sumber RFA, hukuman mati yang dikenakan terhadap lelaki tersebut akan dilaksanakan oleh skuad tembak.
Hukuman Berat Kepada Pelajar
Tidak cukup dengan itu, menurut sumber seorang pelajar yang membeli USB tersebut menerima hukuman penjara seumur hidup, manakala enam pelajar lagi yang menonton rancangan itu telah dijatuhi hukuman kerja berat selama lima tahun dan guru serta pentadbir sekolah telah dipecat serta dibuang kerja untuk bekerja di lombong terpencil.
Penahanan tujuh pelajar itu menandakan kali pertama kerajaan menggunakan undang-undang yang baru diluluskan mengenai ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Penentangan’ (Elimination of Reactionary Thought and Culture) dalam kes yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Sadis betul, tapi ini bukan kali pertama berlaku di Korea Selatan. Malah, pemerintahan Kim Jong-un ini juga melarang banyak perkara, sebarang aktiviti, penjualan alat elektronik, fesyen hatta milikan harta benda sekalipun harus mendapat kebenaran kerajaan Korea Utara terlebih dahulu.
Ya, itu lah nasib yang rakyat Korea Utara…huhu
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Radio Free Asia (RFA)