Pandemik Covid-19 sememangnya membuatkan ramai individu kehilangan kerja. Sektor-sektor utama negara terpaksa mengecilkan operasi sekaligus terpaksa melepaskan pekerja yang selama ini telah berbakti kepada syarikat.

Inilah hakikat tahun 2020 yang tidak dapat dielakkan. Dalam kelam pandemik ini, salah satu cerita menarik membuatkan penulis patut kongsikan kepada anda adalah kisah kapten-kapten AirAsia yang mengambil inisiatif membuka restoran dan seterusnya menggaji kru-kru penerbangan yang kehilangan kerja sebagai kakitangan restoran mereka.

Kapten Fredrick Jeremy dan Kapten Azrul Hakim antara yang membuka lembaran baru dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman bersama Santan.

Ads
Kapten Buka Restoran, Upah Pramugara & Pramugari Yang kehilangan Kerja Sebagai Staf.
Kapten Azrul Jakim dan Kapten Fredrick Jeremy bersama-sama bekas kakitangan AirAsia yang diambil semula di cawangan Santan PKNS Shah Alam. Sumber Gambar: AirAsia

Apa yang menarik seiring pembukaan restoran mereka, Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy telah mengambil semula kru penerbangan yang tidak lagi bersama syarikat penerbangan tersebut untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.

“Selain terpaksa menunda pembukaan restoran kami berikutan keadaan semasa, kami juga menghadapi cabaran untuk mendapatkan kakitangan bagi membantu menguruskan restoran. Jadi kami berbesar hati untuk mengambil semula Allstars menjadi sebahagian daripada pasukan kami.

Ads
Kapten Buka Restoran, Upah Pramugara & Pramugari Yang kehilangan Kerja Sebagai Staf.
Nasi Padang anatara menu yang ditawarkan. Sumber Gambar: AirAsia

“Kami berbangga kerana mempunyai keluarga Allstars kini dan selamanya! Ini membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” ujar Kapten Azrul Hakim. Ternyata usaha murni ini selari dengan semangat mereka untuk meneroka pasaran baru dalam kelembapan ekonomi dek pandemik dan sekaligus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Mungkin kalau anda rindukan makanan yang pernah dinikmati di dalam penerbangan AirAsia. Kunjungi restoran Santan berdekatan anda atau boleh menempahnya menerusi aplikasi pesan hantar yang ada di telefon pintar anda.

Ads

***P/S- Rindunya nak makan Lasi Lemak Pak Nasser! Sedap!

Sumber: AirAsia

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI