
Edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) pastinya meninggalkan kenangan manis buat kapten skuad lelaki negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook.
ARTIKEL BERKAITAN: World Class! Skuad Hoki Negara Cipta Sensasi Layak Final Piala Dunia
Dia bukan sahaja berjaya membantu Malaysia mencipta sejarah muncul naib juara malah turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan yang berlangsung di Muscat, Oman itu.
Akhimullah mempamerkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan diharungi skuad negara dengan dia turut merekodkan 11 gol sepanjang kejohanan berlangsung.
Dia juga berjaya meledak satu gol ketika aksi final menentang pasukan gergasi Eropah, Belanda, awal pagi semalam.
Dalam perlawanan itu, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tewas 2-5 di tangan Belanda yang juga pasukan nombor satu dunia.
Sementara itu, pemain Pakistan, Waheed Ashraf Rana muncul penjaring terbanyak kejohanan apabila merekodkan 23 gol manakala rakan sepasukannya, Hannan Shahid dipilih sebagai pemain muda terbaik.
Pemain Belanda, Joey van Walstijin pula dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Pilih Baju Putih Seolah Beri Petanda, Pelajar Meninggal Di Hari Graduasi Di Pangkuan Ibu Bapa

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah semasa berada.
Menyaksikan anak sendiri maut di depan mata, pastinya satu kenangan yang amat sukar dilupakan. Lebih menambah hiba apabila ibu dan ayah sempat memangku tubuh anak kesayangan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Inilah suasana pilu yang dilalui oleh Abdul Rahem, 65 dan isteri, Homaidah Abdul Manaf, 60 apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi.
Tambah sebak, kejadian itu berlaku ketika kedua-duanya bersama arwah anak mereka, Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20 dalam perjalanan menghadiri majlis Graduasi Firdaus pada pagi tadi.


Dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Kompleks Belia dan Sukan Paroi, arwah yang baru tamat pengajian dalam kursus Teknologi Bangunan sedang dalam perjalanan ke Majlis Graduasi Giatmara Negeri Sembilan di Kompleks Sukan Paroi.
Dalam kejadian kemalangan jam 7.10 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada rusuk kiri.
Dalam pada itu, abang kepada arwah Firdaus sempat membuat catatan di akaun Facebook miliknya dengan berkata berkata, arwah adiknya itu memakai baju baru berwarna putih, seolah-olah tahu dan ingin memberi petanda akan kejadian yang berlaku.
Jelasnya lagi, mereka sempat berbual-bual semalam sebelum adiknya itu meminta izin untuk tidur awal kerana perlu bangun awal bagi menghadiri majlis graduasi pada keesokan harinya (pagi ini).
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada rusuk kiri.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu Abdul Rahem dari arah Seremban menghala ke Paroi membelok ke kanan untuk masuk ke Kompleks Belia dan Sukan.
“Pada masa sama, sebuah motosikal Kawasaki ZR800 ditunggang Kamaruzaman Ismail, 36, yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu hadapan bahagian penumpang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Ibrahim berkata, kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut, manakala penunggang motosikal parah di kepala dan badan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Petang tadi arwah Firdaus sudah selamat dikebumikan di Ampang. Al-Fatihah.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan kenalan arwah.
Pakatan Harapan Tubuh Kerajaan Baru Di Bawah Pimpinan Tun Mahathir

Setelah tempoh 61 tahun, Malaysia hari ini menyaksikan satu detik bersejarah berlaku apabila Barisan Nasional tewas kepada parti Pakatan Harapan.
Berada di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, kerajaan baru diumumkan secara rasmi setelah mereka memenangi majoriti mudah 112 kerusi daripada sejumlah 222 buah kerusi Parlimen.
Esok, Tun Dr. Mahathir dijangka akan menghadap Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi perlantikan dan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijangka akan bertemu Sultan Johor serta kerabat Istana Johor bagi sebuah perbincangan tertutup.
Sementara itu, menarik untuk kita nantikan kenyataan Tun Dr Mahathir sebentar tadi apabila beliau menyatakan tentang usaha permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan keluar dari penjara pada Jun kelak. Adakah beliau pula calon Perdana Menteri selepas ini?
Tun Dr. Mahathir juga dilihat bersifat positif dan mengelak daripada melihat kemenangan malam (ke pagi?) ini sebagai tindakan balas dendam terhadap parti lama beliau, Barisan Nasional. Namun, beliau memandang Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai satu simbol sistem demokrasi.
Apa-apapun, REMAJA doakan agar tempoh beberapa hari selepas ini dapat berjalan dengan tenang dan profesional tanpa sebarang rusuhan mahupun kekecohan.
Jenama Tupperware Sedia Fail Permohonan Muflis Selepas 80 Tahun Operasi

Siapa tidak kenal dengan jenama Tupperware, jenama bekas plastik dan produk dapur kesayangan mak-mak kita.
Malah, jenama ini telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan ramai orang di seluruh dunia, termasuk di Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: Inilah Lelaki Yang Buat Korang Kena Marah Kalau Bekas Tupperware Hilang
Jika sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa syarikat yang sudahpun wujud selama 80 tahun ini sedang berdepan masalah hutang meningkat dan kemerosotan penjualan. Terkini, Tupperware dilaporkan sedia fail permohonan muflis!
Persediaan untuk menfailkan permohonan untuk diisytiharkan muflis itu turut akan disusuli dengan rundingan bersama beberapa pihak yang memberikan pinjaman kepada jenama itu.

Ia termasuklah cara untuk menguruskan hutang berjumlah lebih USD 700 juta.
Sebelum ini, peminjam telah memberikan sedikit ruang kepada Tupperware selepas melanggar syarat-syarat perjanjian hutang. Bagaimanapun perniagaan jenama itu terus merosot.
Tupperware dikatakan sudah bertahun-tahun memberi amaran tentang keupayaannya untuk meneruskan perniagaan. Pada Jun lepas, syarikat itu merancang untuk menutup kilang tunggalnya di Amerika Syarikat dan memberhentikan kira-kira 150 pekerja.
5 fakta menarik mengenai jenama Tupperware:
- Revolusi Penyimpanan Makanan: Tupperware dikenali sebagai pelopor dalam teknologi penyimpanan makanan sejak diperkenalkan pada tahun 1946. Bekas plastiknya direka khas untuk kedap udara dan mampu mengekalkan kesegaran makanan lebih lama.
- Dicipta oleh Seorang Ahli Kimia: Tupperware dicipta oleh Earl Tupper, seorang ahli kimia yang berjaya mencipta plastik tahan lasak dan fleksibel, yang pada asalnya digunakan untuk penutup botol.
- Kaedah Penjualan Unik: Tupperware terkenal dengan sistem “Tupperware Party,” iaitu kaedah penjualan secara langsung di mana produk ini diperkenalkan dan dijual melalui acara sosial di rumah, yang menjadi popular terutamanya pada tahun 1950-an.
- Reka Bentuk Inovatif: Produk Tupperware sering dilihat sebagai ikon reka bentuk. Banyak produknya telah memenangi anugerah reka bentuk kerana kombinasi fungsionaliti, ketahanan, dan estetik yang menarik.
- Mesra Alam dan Tahan Lama: Tupperware menjadi pilihan ramai pengguna kerana ia mesra alam. Produk-produk ini direka untuk tahan lama dan mengurangkan keperluan penggunaan bekas plastik pakai buang, menjadikannya lebih lestari untuk alam sekitar.
P.S: Mesti ramai ‘mak-mak’ sedih..
BACA LAGI: Kucing Kesayangan Hilang, Kilafairy Tawar RM 2,000 Sebagai Ganjaran – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.