Apabila Laksa Sarawak dinamakan sebagai antara hidangan terbaik yang pernah dirasai oleh mendiang Anthony Bourdain, kami yakin Malaysia mempunyai seleksi makanan terbaik di dunia.
Kini, tiba masa untuk jenama Lonely Planet pula untuk mengiktiraf makanan dari Malaysia. Kalau korang rajin untuk mengikuti Lonely Planet, pasti korang tahu bagaimana berprestijnya mereka memilih makanan dan destinasi percutian untuk dimasukkan ke dalam carta.
Hanya yang terbaik, daripada yang terbaik!
Terbaru, mereka mengeluarkan senarai 5 makanan terbaik dari seluruh dunia. Guess what, Kari Laksa yang korang selalu order untuk makan tengah hari berada pada kedudukan kedua!
Mungkin kerana campuran rasa masam, pedas, manis and all the beautiful senses in this world yang membuatkan kari laksa digemari oleh Lonely Planet.
Nak tahu apa 4 lagi makanan yang tersenarai. Ini dia..
01 Pintxos dari Sepanyol
03 Sushi dari Jepun
04 Steak dari Texas
05 Som Tum dari Bangkok
Foto: Roti N Rice