Susah hati dan panik! Itulah perasaan pelakon dan juga pengacara Karl Shafek apabila mengetahui kucing kesayangannya tiba-tiba jatuh sakit dan mati mengejut.

Bukan seekor tapi tujuh ekor kucing mengalami nasib yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN : Pencinta Kucing, Carilah Rumput Pendul Kalau Bulus Sakit! Air Rebusannya Berkesan Jadi Ubat

Karl Shafek Panik 7 Ekor Kucing Mati Mengejut, Kenali Jangkitan Virus Parvo

Menurut pemilik jenama NEONATE melalui laporan Mstar, dia meluahkan rasa sedih apabila tujuh daripada 30 ekor kucing peliharaannya mati secara mengejut dalam tempoh lima hari berturut-turut.

Namun semuanya terbongkar apabila doktor Vaterinar mengesahkan punca kematian kucing-kucingnya berpunca dari virus parvo yang sering menjangkiti haiwan manja berkenaan.

“Memang sedih dan terkejut apabila setiap hari balik rumah selepas kerja kebelakangan ini ada sahaja kucing saya yang mati. Bermula daripada seekor dan sekarang sudah tujuh ekor yang mati.

“Kesemuanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Jadi saya pun tak syak ada masalah virus berkenaan.

Ads

“Saya juga pelik sebab semuannya saya letakkan di dalam rumah. Bagaimanapun doktor veterinar memberitahu virus parvo boleh merebak melalui udara atau lalat,” katanya.

Karl Shafek Panik 7 Ekor Kucing Mati Mengejut, Kenali Jangkitan Virus Parvo

Karl terdahulu berkongsi mengenai tujuh ekor kucingnya menerusi instagram story miliknya pada hari Isnin lalu.

Sebagai pencinta kucing, Karl berkata kehilangan haiwan peliharaannya itu pastinya memberikan kesan mendalam buatnya Bagaimanapun, beliau kini mengambil langkah berjaga-jaga agar baki kucing miliknya yang lain tidak terkena jangkitan virus yang sama.

Info Ringkas Tentang PARVOVIRUS

Ads

Parvo atau nama penuhnya Feline Parvovirus (FPV) atau juga dikenali sebagai FIE- Feline Infectious Enteritis (radang usus menular) dan Feline Panleukopenia. Sejenis virus yang sangat degil dan boleh hidup dalam persekitaran dalam jangka masa yang panjang.

Virus yang sangat mudah menyerang anak kucing berumur 4 minggu hingga 12 minggu dan juga kucing yang belum divaksin terutamanya.
Mudah berjangkit dengan kucing yang lain dengan cepat dan mengakibatkan kematian mengejut.

Tanda-tanda Kucing terkena Virus Parvo 

  • Kucing tiba-tiba murung, tidak mahu makan dan minum.
  • Kucing lebih suka duduk di tempat sejuk akibat rasa dahaga yang melampau.
  • Cirit birit yang berterusan. Najis terlalu cair, beserta lendir dan berbau busuk. Ada ketikanya najis akan disertai darah kerana virus ini telah menyerang usus kucing.
  • Suhu badan kucing tidak stabil. Ada kalanya rendah dan adakalanya kucing mengalami suhu demam yang tinggi.
  • Dehidrasi- akibat kucing tidak mahu minum dan makan.
  • Kucing lemah dan tidak bermaya.
  • Kadang-kadang kucing langsung tidak menunjukkan tanda-tanda di atas. Hari ini masih aktif dan tiba-tiba mati pada esoknya.

Cara Jangkitan Parvo

  • Melalui persekitaran yang tidak bersih.
  • Kucing yang positif parvo akan mengeluarkan virus melalui cecair, lendiran atau najis.
  • Jadi lalat atau serangga yang hinggap pada agen tersebut akan merebakkan virus pada kucing lainnya.
  • Virus parvo boleh merebak melalui angin dan juga sentuhan terus pada kucing positif parvo.

Cara Merawat Parvo

Ads

Tiada ubat khusus bagi merawat kucing positif parvo. Rawatan awal berserta kasih sayang selalu membuktikan banyak kucing terkena virus parvo boleh sembuh.

  • Antaranya :
  • Kena asingkan kucing yang positif parvo dengan yang sihat.
    Bersihkan tangan dengan Dettol atau sanitizer selepas menyentuh/menguruskan kucing parvo.
  • Cuci persekitaran dan tempat kucing dengan Clorox sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
    Dari segi rawatan khusus pada kucing parvo pula ialah:-
    a) Rawatan klinik : Ubat antibiotic dan juga drip. Cuma kos drip agak tinggi bagi yang kurang mampu.
    b) Rawatan di rumah yang boleh dipraktikkan disamping pemberian ubat doktor :
    – Air kelapa di campur sedikit dengan limau nipis. Beri 5ml -10ml 3 kali sehari.
    100 plus. Buang gas dahulu. Untuk berikan sedikit tenaga pada kucing. Kena jarakkan masa dengan ubatan dari klinik. Beri 5ml 3 kali sehari atau sekerap yang boleh.
    – Biasanya kucing parvo menolak untuk makan, namun kita harus paksa kucing makan juga bagi mengelakkan kucing dehidrasi. Bancuh nestum (RC Supporter- boleh di beli di Vet RM10/paket) campur glukos dan juga susu kucing yang sesuai.
    – Pemberian immune booster seperti DMG, TF dan sebagainya.
  • Berikan kasih sayang dan kata-kata semangat pada kucing. In Sha Allah kucing boleh sembuh.
  • Mencegah lebih baik daripada mengubati.
  • Pencegahan yang paling berkesan ialah VAKSINASI.
  • Jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
  • Indoor kan kucing bagi mengelakkan kucing keluar rumah yang nyata terdedah dengan pelbagai risoko penyakit merbahaya.
  • Bagi mereka yang selalu selamatkan kucing di luar, sebaiknya sediakan ruang/bilik kuarantin untuk asingkan kucing baru dan kucing rumah.

Moga info ini bermanfaat kepada korang semua.

BACA : Kucing Korang Happy Atau Tidak, Perhatikan 7 Tanda Ini Salah Satunya Selalu Mengurut

Sumber 🙁 1),(2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI