Biarpun suasana di anugerah Akademi 2022 ataupun Oscars pada pagi ini mengalami sedikit kejutan susulan insiden Will Smith yang menampar Chris Rock secara langsung di atas pentas, ia masih tidak mencemarkan prestij acara tersebut dengan kehadiran puluhan penggiat seni yang ingin meraikan filem-filem terbaik sepanjang tahun 2021.
ARTIKEL BERKAITAN : Isteri Jadi Bahan Lawak, Will Smith Lempang Chris Rock Di Oscars – REMAJA
Masing-masing pastinya inginkan kemenangan berpihak kepada mereka. Semangat yang sama juga dapat dirasai di karpet merah Oscars apabila selebriti yang hadir sebagai calon, penyampai trofi mahupun untuk menyokong pencalonan projek masing-masing tampil elegan dan segar di mata pemerhati fesyen.
JOM lihat siapakah 8 selebriti yang menampilkan gaya menarik dan menjadi pilihan REMAJA tahun ini.
*
Memulakan senarai ‘best dressed’ di karpet merah Oscars hari ini ialah Zendaya yang tampak cukup elegan dan segar dalam persalinan Valentino Haute Couture. Zendaya membuat pilihan berani dengan memilih crop top
sutera putih dengan skirt perak. Gelang berlian Bvlgari dan dandanan ‘up do’ klasik melengkapkan gaya ini. This look is a risk that pays off big time.
Pelakon remaja ini kelihatan cukup ceria dalam persalinan pastel Armani Prive Spring 2021 yang dihiasi rekaan flora dan perincian indah lain. Saniyya yang baru berusia 15 tahun berkata dia mendapat ilham daripada gaya primadona Hollywood, Audrey Hepburn lalu memilih gaya rambut bang.
Seorang lagi aktres dengan gaya rambut bang! Meneruskan musim karpet merah setelah terlibat dalam jelajah tayangan filem The Batman, Zoe Kravitz memukau mata dalam busana merah jambu rekaan Saint Laurent. Zoe dan jenama Perancis itu bukanlah gandingan baharu setelah mereka saling berkolaborasi untuk karpet merah The Batman awal tahun ini. Bagaimanapun untuk Oscars 2022, mereka memilih tona gaun yang lebih terang berbanding gaya klasik hitam Zoe.
Pada usia 20 tahun, pelakon filem West Side Story ini telah membuktikan kepada pemerhati fesyen bahawa dia mempunyai stail dan attitude di karpet merah. Rachel memilih gaun column
hitam daripada koleksi Christian Dior Spring 2022 Houte Couture yang terasa seksi dan matang; berbeza daripada gaun-gaun ‘Cinderella’ yang menjadi pilihannya sepanjang musim anugerah ini. Aksesori Tiffany & Co. melengkapkan look Rachel ini. Selepas ini, Rachel bakal muncul dengan projek Disney Live Action bagi watak Snow White.
Memilih untuk melupakan kemeja di bahagian dalam, Timothée menjadi sebutan ramai apabila tampil dengan hanya jaket hitam mengilau daripada koleksi wanita Louis Vuitton Spring 2022. Sama seperti pasangan pelakonnya dalam filem Dune iaitu Zendaya, Timothée memilih pelbagai jenis aksesori cincin serta gelang daripada koleksi Cartier.
Okay, mungkin ada yang berpandangan persalinan Kirsten di Oscars hari ini terlalu ringkas untuk mereka. Namun, Kirsten pada mata REMAJA telah bertindak bijak dalam mencatur gaya tanpa membiarkan ia ‘menenggelamkan’ dirinya. Kali pertama menerima pencalonan di Oscars, Kirsten kelihatan chic dalam gaun Christian Lacroix vintaj berusia 20 tahun.
Turut memilih warna merah di Oscars ialah pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Ariana DeBose. Pelakon West Side Story beusia 31 tahun ini memilih padanan seluar, top dan jaket yang dilabuhkan ke belakang rekaan Valentino. Pemilihan seluar kembang ini mengingatkan REMAJA kepada gaya Lady Gaga sewaktu menyarungkan busana Brandon Maxwell di Oscars 2016. Potongan ‘curvy’ pada bahagian dada Ariana menjadikan gaya ini segar dan lain daripada yang lain.
Tidak takut untuk mengenakan warna-warna yang jarang dipilih oleh selebriti lelaki di karpet merah, pelakon The Power of the Dog dan calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ini menonjol dalam persalinan sut biru cair oleh Bottega Veneta. Untuk menaikkan lagi seri retro, Kodi memadankannya dengan aksesori daripada Cartier pada bahagian leher, telinga dan jari.
BACA LAGI : Karpet Merah Oscars 2021 : Antara Gaya Sopan & Pamerkan ‘Abs’ – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.