Kartunis Siri ‘Blues Untuk Aku’ Meninggal Dunia

Share

Kalau ada pembaca yang membesar dengan komik Ujang, pasti anda akan kenal dengan watak Sahak dalam siri ‘Blues Untuk Aku’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ hasil karya kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong. Kartun bersiri ini mula diterbitkan padapertengahan tahun 90-an lantas menjadi satu karya yang sangat popular biarpun ia tidak bertunjangkan genre komedi seperi kebiasaan siri-siri kartun yang lain.

Dalam satu hantaran di laman facebook kartunis terkenal, Ujang, allahyarham Aie meninggal kira-kira jam 4 pagi di rumahnya yang terletak di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor. Allahyarham dikatakan menderita sakit buah pinggang sejak sekian lama dan meninggal dunia kerana komplikasi penyakit tersebut.’


.

Mengimbau kembali populariti karya ‘Blues’ ini, karakter Sahak direka kerana ketika itu budaya grunge sangat menebal dalam kalangan remaja di Malaysia. Bermula dengan karya dengan nama ‘Aku Hidup Dalam Blues’. Karya ini merupakan hasil kolaborasi Aie dengan penulis Toyon. Namun, siri tersebut tergantung dan tidak memiliki kesudahan. Menurut sumber

, allahyarham Aie tidak dapat meneruskan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ kerana isu hakcipta yang mana penerbit merupakan pemegang hak cipta kartun terbabit.

Selain siri ‘Blues’ ini, allahyarham juga terkenal dengan karakter Abe yang menjadi watak ikonik dunia kartun ketika itu kerana menggambarkan watak kanak-kanak lelaki terencat akal yang menghadapi liku-liku hidup suka dan duka semasa tinggal di sebuah kampung

Kerjaya awal allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham.

Published by
Fiezreen