“Saya dapat banyak komen yang macam ini. Bagi saya, cara saya cakap dalam Bahasa Melayu adalah normal. Kawan-kawan saya pun rasa begitu.
“Tapi bila saya muat naik video dan cakap bahasa Melayu, orang cakap saya pelat dan tak fasih.
“Bagi saya inilah cara saya bercakap. Saya agak terkejut bila ada orang mengejek cara saya bercakap,” katanya.
Pemerhatian Remaja mendapati, pelbagai reaksi yang dilontarkan warganet antaranya ada yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.
Bagaimanapun, ada di antara mereka yang memahami situasi Leona dan memberi semangat agar dia berlatih lebih lagi bertutur dalam Bahasa Melayu.
“Ia normal sebab kawan-kawan awak pun jarang cakap Melayu. Sejujurnya awak cakap macam warga asing tapi tak mengapa, asalkan awak tahu untuk bercakap dalam Bahasa Melayu,” komen seorang netizen.
“Jangan normalisasi orang Malaysia tak reti cakap Melayu. Belajar Bahasa Inggeris memang bagus tapi bahasa ibunda jangan dilupakan,” komen lagi pengguna lain.
“Tak apa Leona, saya faham. Sekurang-kurangnya awak cuba,” komen juga pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Leona