Pempengaruh, Kasih Iris Leona menegaskan bahawa tidak wajar sekiranya orang ramai menyamakan pendapat ayahnya yang juga pelakon terkenal, Azhar Sulaiman dengan pendapatnya sendiri dalam banyak perkara.
Biarpun pasangan anak-beranak itu selalu kelihatan akrab di media sosial, Leona, 22 juga mempunyai pendiriannya yang tersendiri terutama dalam isu-isu serius seperti pergolakan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di Rafah, masa kini.
Menerusi ciapan di platform X, Leona berkata dirinya tidak berkongsi pandangan sama seperti Azhar dan berharap agar warganet hentikan kecaman yang dihadapi bertalu-talu sejak hari Rabu.
“..Saya sangat menentang Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.
“Saya tidak mempunyai pendapat yang sama dengan ayah saya dan gagal memahami cara dia berfikir.
“Jadi jangan menganggap hanya kerana kami mempunyai pertalian darah, kami akan ada pandangan yang sama,” ciapnya.
Leona yang kini sedang melanjutkan pengajian sarjana muda dalam jurusan pengurusan di Universiti Bath, United Kingdom juga berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke Palestin dan melihat sendiri keadaan di sana dengan matanya sendiri biarpun di lokasi yang terkawal serta selamat.
“..Saya sedar kekejaman yang dilakukan Israel dan mengakui pembunuhan beramai-ramai itu telah bermula sebelum 7 Oktober (tahun lalu) lagi,” catatnya.
Terdahulu, Azhar Sulaiman dikecam teruk setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan rakan selebriti tempatan yang menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.
Pelakon berusia 52 tahun itumencabar selebriti-selebriti terbabit agar berpindah ke Gaza, Palestin untuk membantu saudara seagama yang sedang berdepan serangan di sana.
Malah, beliau menggesa agar gerakan boikot tidak perlu dilakukan jika seseorang itu masih berada dalam keadaan gembira di Malaysia.
Begitupun, hantaran-hantaran beliau di Instagram itu telahpun dipadamkan olehnya setelah ruangan komen dihujani kecaman netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin sebelum ini kita hanya mendengar cerita dari negara Korea Selatan tentang keseronokkan menonton wayang secara ‘drive in’
Tapi jangan tak percaya, di Malaysia pun bakal ada panggung wayang macam ni tau.
Pertama di Malaysia, akhirnya berita panggung wayang drive in ini diumumkan menerusi satu hantaran di akaun @mjjunction2020 ini merupakan program di bawah anjuran TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia.
Mengunakan konsep tonton dari dalam kereta, tayangan akan dilakukan di kawasan terbuka yang terbuka.
Mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya menyatakan keterujaan, lokasi dan tarikh tayangan bagaimanapun masih lagi belum diumumkan lagi
Meskipun panggung wayang sudah mula dibuka bermula 1 Julai lalu selepas ditutup selama hampir empat bulan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ada pihak yang berjaga-jaga enggan ke panggung wayang kerana risau akan keselamatan kesihatan mereka.
Tetapi dengan adanya wayang secara drive-in ini, maka bolehlah mereka menonton tanpa rasa risau. Untuk kaki wayang pula, selepas ini lebih bervariasilah pilihan tontonan mereka.
Wah bestnya, sebelum ini negara jiran Indonesia juga dah ada wayang ‘drive in ‘ ni. So jom lah dapatkan tiket korang sekarang! Tapi jangan pula buat wayang sendiri nanti…hiks
Kalau korang drive pada hari ini dan asyik terdengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza dimainkan di radio, mesti korang dapat agak yang hari ini merupakan hari kelahiran penyanyi nombor satu negara ini.
Pada usia 43 tahun sekarang, Tok Ti sememangnya masih jelita, ceria dan glowing apabila kita melihat beliau di Instagram, di kaca televisyen, akhbar dan muka hadapan majalah. Iyalah, dah bergelar ibu kan.
Kini apabila Tok Ti dan pasangan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dikurniakan dengan keluarga yang cukup harmoni; ditambah pula dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, lagilah beliau bertambah glowing.
Jika diimbas kembali terhadap kelibat Tok Ti di media pencetakan sepanjang karier beliau, kami berani katakan bahawa Tok Ti merupakan selebriti yang paling kerap menghiasi halaman hadapan (cover) majalah tempatan sejak awal pembabitan beliau.
Jom ditelek wajah dan aura juara Bintang RTM 1995 ini, sememangnya kecantikan beliau masih kekal. Tak percaya? Cuba korang tengok setiap kali Tok Ti menghiasi cover majalah REMAJA.
.
Majalah Remaja Januari 2001
Ini merupakan di antara momen istimewa buat Tok Ti memandangkan beliau sedang bersiap sedia untuk melancarkan album studio kelapan beliau berjudul Safa; yang memuatkan lagu-lagu malar segar seperti Percayalah, Lakaran Kehidupan dan Bicara Manis Menghiris Kalbu. Sememangnya, Siti tetap top!
.
Majalah Remaja September 2002
Tok Ti nampaknya bercerita tentang impian hidupnya. Mungkin tengah merancang untuk membuka empayar kosmetik. Pada bulan ini, beliau baru saja selesai dengan persembahan secara langsung lagu Badarsila di Anugerah Era 2002.
Imej dengan lilitan shawl ringkas atau bandana juga amat popular pada masa ini, terutamanya foto Jennifer Lopez untuk album This Is Me Then dan foto Christina Aguilera untuk album Stripped.
.
Majalah Remaja Januari 2003
Edisi khas untuk mengenengahkan isu kecantikan, Tok Ti berkongsi rahsia dan petua yang diturunkan oleh ahli keluarga beliau sejak dulu. Ada juga terselit segmen khas bersama Maybelline yang menjadikan Tok Ti sebagai duta mereka pada waktu itu.
Pada tahun ini, Tok Ti tersangatlah sibuk dengan persembahan baik di dalam negara mahupun di luar. Antara yang sempat dijayakan oleh beliau adalah persembahan LIVE in Japan Treasure The World, LIVE in Indonesia TransTV dan HMI untuk RTM.
Tok Ti pun sempat untuk melancarkan album E.M.A.S dua bulan selepas majalah REMAJA isu Januari ini dikeluarkan.
.
Majalah Remaja Julai 2003
Wow, lain sangat Tok Ti dalam cover ini berbanding cover beliau pada bulan Januari. Isi kandungannya menjawab persoalan Tok Ti yang kononnya dikaitkan dengan berita ‘kacang lupakan kulit’ dan skandal cinta. Ouh..
Tok Ti nampaknya memang tak dimakan zaman, semakin muda! Dah macam Benjamin Button pula kami tengok hehe. Mengenakan fesyen rambut bertocang, Tok Ti nampaknya sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.
Pada tahun ini juga, Tok Ti banyak mencapai kejayaan yang kami rasakan masih merupakan antara yang terhebat dalam sejarah karier beliau. Antaranya, penganjuran konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, kemenangan hebat di Anugerah Planet Muzik, persembahan di Golden Melody Awards Taiwan sebagai artis pertama bukan berbangsa Cina dan pengeluaran album favourite ramai, Prasasti Seni.
.
Majalah Remaja Mac 2005
Tahun yang cukup sibuk buat penyanyi nombor satu negara ini apabila beliau sedang melakar sejarah sebagai artis Malaysia dan dari Asia Tenggara tunggal untuk menjayakan konsert di pentas berprestij Royal Albert Hall, London pada 1 April. Nasib baik Majalah Remaja sempat untuk mendapatkan Tok Ti sebelum beliau berlepas.
.
Majalah Remaja Feb 2006
Sepanjang karier Tok Ti, normal lah bagi seorang selebriti itu untuk dikaitkan dengan kisah-kisah cinta. Segala perihal peribadi ingin diketahui oleh peminat dan masyarakat.
Ramai sebenarnya selebriti yang ‘tersungkur’ apabila kisah cinta mula diperkatakan, tetapi tidak TokTi. Biarpun dihambat dengan gosip, Siti tidak menjadikan itu sebagai satu halangan dan tetap fokus pada karier. Namun bermula tahun 2006, Siti mula terbuka hati untuk bercerita tentang cinta hatinya yang mula berputik.
.
Majalah Remaja Ogos 2006
Sah! Tok Ti akan meninggal dunia remaja pada tahun 2006 apabila beliau mengesahkan akan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati beliau yang pada waktu itu popular dikenali sebagai Datuk K.
*
REMAJA ambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Tok Ti sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan comel je selalu okay! Amin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita pemergian abang kepada penyanyi Stacy baru diterima pagi tadi.
Beliau memaklumkan abangnya iaitu Chaq, 35 tahun sudah menghembuskan nafas di Hospital Sibu Serawak pada 3.20 pagi Isnin. Berita kemergian Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam dikongsikan sendiri oleh adiknya Aldrich yang berada di hospital ketika mendiang menghembuskan nafas.
“Iya abang saya sudah meninggal dunia di hospital pa da pukul 3.20 pagi Isnin” ujar beliau.
Selain Aldrich, turut berada di sisi Chaq semasa mendiang abangnya itu menutup mata buat kali terakhir ialah ibu mereka Agnes Carlos. Kata Aldrich, mereka sekeluarga reda dan berlapang dada menerima takdir itu.
“Mak okey dan kami (sekeluarga) reda dan berserah sejak Chaq masuk hospital lagi,” ujar Aldrich lagi.
Buat masa ini, mayat Chaq, jelas Aldrich, masih berada di Hospital Sibu dan mereka sekeluarga akan menguruskan membawa mayat kembali ke kampung halaman di Penampang, Kota Kinabalu, Sabah untuk urusan pengebumian.
Menurut Aldrich juga, kakaknya, Stacy pula dijangka tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur esok bagi bersama-sama keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Chaq.
Mendiang Chaq terlibat dalam ke malangan di Bintangor, Sarawak sehingga mengakibatkan dia mengalami pendarahan dalam kepala.Susulan tragedi itu, Chaq yang juga peserta sebuah program realiti dan penyanyi sambilan bertarung nyawa di hospital walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu.
Beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka. Beberapa hari lalu, Stacy turut meminta doa ramai berharap agar abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti sedia kala.
“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya Chaq. Harap dia terus kuat, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya-Allah mesti dia boleh,” katanya.
Takziah kami ucapkan buat keluarga Stacy…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!