Yes guys, domestic violence is real and it is happening.
Walau se-happy mana sekalipun imej sesebuah perhubungan itu di mata masyarakat, hanya mereka berdua yang tahu akan masalah yang berlaku di sebalik foto-foto dan video-video di media sosial.
Dakwaan yang melanda pasangan sensasi YouTube Sugu Pavithra pada hari ini telah mencemarkan kepercayaan kami terhadap ketulusan percintaan dua insan.
Menurut laporan pihak polis Ipoh yang diwakili oleh Asst Comm A. Asmadi Abdul Aziz, mereka mengesahkan penangkapan Sugu iaitu suami kepada tukang masak YouTube terkenal, Pavithra semalam.
Ia berikutan dakwaan bahawa Sugu telah pulang dalam keadaan mabuk, terlibat dalam pertengkaran dengan isterinya sekaligus mencederakan Pavithra.
Insiden ini berlaku gara-gara Pavithra tidak menyebut nama suaminya semasa menerima anugerah “Ikon Bandar Ipoh” kelmarin daripada Datuk Bandaraya, Datuk Rumaizi Baharin.
TBH gaiss, penderaan dalam sesebuah perhubungan bukan lagi satu isu baru di Malaysia. Jangan cakapkan pasangan yang telah berkahwin. Yang belum berkahwin pun dah terlibat dalam penderaan domestik. Harus diingat, penderaan bukan saja bersifat fizikal tetapi ada banyak lagi cara seseorang itu didera.
Jom lihat sekiranya korang tahu sesiapa yang pernah menjadi mangsa 5 jenis penderaan domestik ini.
Pecah Atau Rosak Harta Benda
Pernah tak dengar kes di mana pasangan tidak diapa-apakan. Namun, barangan peribadi pasangan akan dirosakkan oleh si pelaku sebagai tindakan untuk mengertak pasangan ataupun sebagai tanda marah.
Ia adalah satu tindakan penderaan secara emosi dan ia boleh menganggu ketenteraman pasangan walaupun dia tidak diapa-apakan secara fizikal.
Ugutan
Tak kiralah sama ada ugutan diberikan secara lisan, surat, emel ataupun mesej teks, ugutan adalah satu cara yang salah di sisi undang-undang. Babak ugut-mengugut yang kita selalu tonton dalam drama televisyen itu ada kebenaran sebenarnya.
Selalunya si pelaku akan mengugut jika pasangan nekad untuk break up. Malah ada juga yang bertindak mengugut membunuh diri sendiri.
Tak Tetap Pendirian
Situasi “Dr Jeckyll dan Mr Hyde” bukanlah satu situasi baru dalam isu hubungan bermasalah.
Satu hari, si dia boleh menjadi pasangan paling sweet di dalam dunia. Hari berikutnya, emosi si dia boleh berubah 180 darjah dan bertindak bagai orang yang tidak waras. Jangan cuba untuk menidakkan situasi ini dengan alasan mood swing si dia. Kalau dah selalu sangat terjadi, ini bukan sesuatu yang boleh dibawa main.
Penderaan Lisan
Seperti yang kami cakapkan tadi, penderaan itu bukan hanya berbentuk fizikal. Penderaan lisan umpamanya selalu dipandang remeh oleh masyarakat kerana sesiapa saja boleh bercakap perkataan yang kesat dan tidak senonoh, bukan? Namun apabila yang bercakap adalah pasangan yang kita percaya dan cintai, ia adalah satu bentuk penderaan yang boleh menganggu emosi.
Penderaan lisan juga tidak berhenti di situ, si pelaku yang suka memutar belit ‘story’ dan menipu demi menyelamatkan diri sendiri di mata masyarakat juga boleh dianggap melakukan penderaan lisan kepada pasangan.
Salahkan Pasangan Untuk Semua Masalah
Oh guys, kalau ini terjadi kepada korang, larilah. Lari cepat! Ini adalah salah satu faktor penderaan yang membuatkan hubungan itu bertukar toksik. Si pelaku gemar untuk menjatuhkan hukuman terhadap pasangan kerana merasakan hanya dirinya saja yang betul.
Si pelaku bersifat manipulatif dan merasakan dirinya adalah ketua dalam sesebuah hubungan itu. Apa lagi, dia pun beranilah untuk pijak kepala dan salahkan pasangan sentiasa.
*
Daripada kita mengecam Encik Sugu atas dakwaan tersebut, lebih baik kita jadikan insiden ini sebagai satu pengajaran.
Iyalah, mana tau kita akan terlibat dalam satu hubungan yang toksik penuh penderaan.