Seorang pelajar di United Kingdom merupakan seorang vegetarian yang tidak pernah langsung menyentuh daging sepanjang hidupnya.
Clancy Bogue, 19 tahun, telah ke cawangan McDonald’s di Bristol pada Isnin lalu dan memesan Vegetable Deluxe Burger. Yes guys,
McDonald’s di UK ada menyediakan pilihan vegetarian.Namun apabila pelajar University of the West of England itu menjamah burger tersebut, dia baru tersedar mereka memberikannya Chicken Mayo Burger dan bukannya Vegetable Deluxe Burger.
Akibatnya, dia merasakan tekanan tanpa sedar setelah melakukan kesalahan itu dan tidak mampu untuk makan dengan baik untuk 3 hari seterusnya – hinggalah hari ini.
“Apabila membuka bun burger dan melihat intinya berwarna putih (ayam) saya terus mempunyai rasa tak sedap dalam perut dan hampir muntah. I felt like being sick and distressed,” katanya kepada media di DailyMail.
Clancy terus ke tingkat bawah cawangan itu dan ingin bercakap dengan pengurus restoran. Walaupun, cawangan McDonald’s itu telahpun mengeluarkan kenyataan maaf dan menawarkan burger baru, namun Clancy menolaknya dan ingin melakukan laporan terhadap kesalahan itu.
Untuk pengetahuan, McDonald’s UK menyediakan kotak burger dan kertas dulang berlainan warna untuk membezakan makanan biasa dan vegetarian.
Namun disebabkan oleh kesalahan pekerja sambilan, isu ini tercetus dan Clancy masih cuba untuk menahan rasa mual ketika ingin makan hingga hari ini.
Sumber: DailyMail