Hari ini, pantang ada sesuatu makanan yang viral kita tak akan teragak-agak mencubanya. Sama ada sudah dapat pengesahan  halal dari JAKIM atau tidak, ada sesetengah dari kita tidak teragak-agak mencuba. Dari isu bubble tea, hingga soal makanan lain, tidak chill kalau belum makan atau minum.

Namun kalaulah kita tahu dan faham mengapa Islam menuntut umatnya berhati-hati dengan setiap makanan yang masuk ke mulut, pasti kita akan lebih berhati-hati soal apa yang kita makan dan masuk ke tubuh.

Baca perkongsian oleh Dr Ahmad Sanusi mengenai soal  pemakanan ini.

Kesan Makanan Terhadap Anak

1. Kajian terkini dari University of Central Florida mendapati terdapat hubungkait antara pemakanan ibu dengan anak autism. Kewujudan Propionic Acid (PPA) dalam makanan yang diproses (processed foods) memberikan kesan negatif terhadap anak. Benar, tiada satu petanda yang jelas dalam isu autism ini, namun pemakanan ibu adalah perkara yang mesti diberi perhatian.

  1. Dalam Islam, isu pemakanan juga sangat ditekankan. Allah mendidik Muslimsupaya mengambil pemakanan yang halal dan baik (tayyiba). Firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ

Ads

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah makanan yang baik daripada apa yang telah kami rezekikan kepadamu.”

  1. Malah makanan yang baik boleh memberikan kesan kepada anak. Bapa kepada al-Imam al-Bukhari dikatakan sangat menjaga makanan beliau. Ketika hampir meninggal, beliau diriwayatkan sebagai berkata:

لا أعلم من مالي درهمًا من حرام، ولا درهمًا من شبهة

“Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Hady al-Sari, Ibn Hajar)

Ads
  1. Kata-kata bapa kepada al-Imam al-Bukhari ini didengari oleh Ahmad ibn Hafs lalu beliau berkata di dalam hati beliau:

وصلاح الآباء ينفع الأبناء

“Ayah yang baik (dari segenap aspek) akan memberikan manfaat buat anak-anaknya.” Maka tidak hairanlah kita lihat kehebatan al-Imam al-Bukhari, hasil dari didikan rapi oleh ayahnya.

  1. Begitu juga dengan al-Imam al-Ghazali. Beliau berpesan bahawa sekiranya kita inginkan anak yang soleh, maka aspek pemakanan yang halal dan baik mestilah dijaga dari awal.
  2. al-Imam al-Ghazali turut menukilkan pandangan dari al-Imam Ahmad yang menyatakan bahawa isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad:

أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: “كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً

Ads

“Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)

  1. Malah menurut riwayat al-Bukhari, Rasulullah dikatakan pernah mengeluarkan makanan dari mulut cucu Baginda al-Hasan atas dasar sangat menjaga makanan yang diberikan kepada anak dan cucu Baginda.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI