Hari ini, pantang ada sesuatu makanan yang viral kita tak akan teragak-agak mencubanya. Sama ada sudah dapat pengesahan halal dari JAKIM atau tidak, ada sesetengah dari kita tidak teragak-agak mencuba. Dari isu bubble tea, hingga soal makanan lain, tidak chill kalau belum makan atau minum.
Namun kalaulah kita tahu dan faham mengapa Islam menuntut umatnya berhati-hati dengan setiap makanan yang masuk ke mulut, pasti kita akan lebih berhati-hati soal apa yang kita makan dan masuk ke tubuh.
Baca perkongsian oleh Dr Ahmad Sanusi mengenai soal pemakanan ini.
Kesan Makanan Terhadap Anak
1. Kajian terkini dari University of Central Florida mendapati terdapat hubungkait antara pemakanan ibu dengan anak autism. Kewujudan Propionic Acid (PPA) dalam makanan yang diproses (processed foods) memberikan kesan negatif terhadap anak. Benar, tiada satu petanda yang jelas dalam isu autism ini, namun pemakanan ibu adalah perkara yang mesti diberi perhatian.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah makanan yang baik daripada apa yang telah kami rezekikan kepadamu.”
لا أعلم من مالي درهمًا من حرام، ولا درهمًا من شبهة
“Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Hady al-Sari, Ibn Hajar)
وصلاح الآباء ينفع الأبناء
“Ayah yang baik (dari segenap aspek) akan memberikan manfaat buat anak-anaknya.” Maka tidak hairanlah kita lihat kehebatan al-Imam al-Bukhari, hasil dari didikan rapi oleh ayahnya.
أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: “كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً
“Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)
Semoga Allah membimbing kita semua.
Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi