Gelaran puteri pasti sangat sinonim dengan mahkota ataupun tiara. Begitulah juga dengan kerabat wanita di dalam keluarga DiRaja Britain.
ARTIKEL BERKAITAN: Milik Duchess of Cambridge Sehingga Akhir Hayat, Ini Tiga Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II Kepada Kate Middleton
Tiara biasanya dihadiahkan dan dipinjamkan kepada seorang puteri dalam keluarga DiRaja apabila umur mereka sudah mencecah 18 tahun.
Namun begitu berbeza dengan Princess of Wales ini. Baru-baru ini, di majlis
pertabalan Raja Charles III, Kate Middleton bersama puterinya; Puteri Charlotte telah mencuri perhatian ramai dengan penampilan mereka.Kedua-dua mereka telah tampil mengenakan mahkota sedondon yang bermotifkan daun. Bagi Kate dan Puteri Charlotte, anak beranak ini memilih headpiece yang bersulam daun 3D yang direka oleh Jess Collect dan Alexander McQueen.
Untuk pengetahuan kamu, mahkota daun ini diperbuat daripada jongkong perak dan kristal dengan sulaman daun 3D. Mahkota tersebut merupakan rujukan daripada cinta Raja Charles III terhadap alam semula jadi. Bukan itu sahaja, sulaman daun ini turut membawa maksud simbol musim bunga, pertumbuhan serta kelahiran semula.
Untuk Kate, Puteri Wales ini tampil mengenakan gaun sutera crepe Alexander McQueen dalam rona ivory yang disulam di bawahnya. Sulaman itu terdiri daripada floral kebangsaan United Kingdom; ros untuk England, duri untuk Scotland, daffodil untuk Wales dan shamrocks untuk Ireland. Mantelnya pula diperbuat daripada Royal Victorian Order dalam rona biru dan merah scarlet.
Tidak ketinggalan, Puteri Charlotte pula mengenakan gaun dan mantel dalam rona ivory yang sama seperti ibunya, hasil rekaan daripada Alexander McQueen.
Kate juga dilihat memakai beberapa barang kemas yang memukau. Dia kelihatan memakai anting-anting mutiara dan berlian milik mendiang Puteri Diana.
Memang comel ibu dan anak ini bila sedondon!
Sumber : ( 1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.