Menepis semua teori konspirasi yang muncul sejak Kate Middleton ‘hilang’ dari radar. Dunia dikejutkan dengan berita sedih bahawa bakal Ratu England itu mengesahkan dirinya menghidap kanser.
ARTIKEL BERKAITAN: Kate Middleton Hidap Kanser Tahap Awal, Lewat Dedahkan Berita Demi Anak-Anak
Princess of Wales, 42 tahun, akhirnya tampil dalam sebuah video rasmi di mana puteri itu berkongsi tentang keadaan terkini tentang dirinya. Mendedahkan dirinya didiagnos dengan kanser kanser tahap awal dan perlu menjalani kemoterapi bagi mencegah punca ketumbuhan itu daripada merebak.
A message from Catherine, The Princess of Wales pic.twitter.com/5LQT1qGarK
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) March 22, 2024
KELUARGA BRITAIN DAN KELUARGA
Berikutan pendedahkan Kate Middleton, lapan lagi kerabat Britain yang menderitai penyakit kanser ini.
- Raja Charles III
Raja Charles III kini disahkan menghidap kanser, 18 bulan selepas menaiki takhta. Malah, Istana Buckingham turut mengesahkan Raja Charles III menghidap kanser, seminggu selepas baginda keluar dari hospital susulan pembedahan prostat.
Selain itu, katanya, baginda memilih untuk berkongsi diagnosis kansernya bagi mengelak spekulasi, selain berharap ia dapat membantu pemahaman umum berhubung penyakit itu.
2. SARAH FERGUSON, DUCHESS OF YORK
Bekas isteri Putera Andrew ini didiagnos dengan barah kulit pada Januari 2024. Enam bulan sebelum itu, Sarah mendedahkan kepada umum bahawa dia disahkan menghidap kanser payudara.
3. RATU ELIZABETH II
Menurut rekod rasmi, Ratu Elizabeth II mangkat akibat sakit tua. Bagaimanapun Gyles Brandreth yang merupakan pengarang Elizabeth: An Intimate Portrait mendedahkan, baginda menderita sejenis kanser tulang sumsum pada tahun-tahun terakhir kehidupannya.
Dalam satu petikan daripada biografi tersebut, Gyles yang merupakan rakan karib Putera Philip berkata dia diberitahu bahawa mendiang menghidap multiple myeloma. Ratu mangkat pada 8 September 2022 ketika berusia 96 tahun.
4. PERMAISURI ELIZABETH THE QUEEN MOTHER
Ibu Ratu Elizabeth II didiagnos menghidap pelbagai jenis barah sepanjang bergelar Permaisuri di samping suaminya, George VI (1936 hingga 1952). Perkara itu hanya didedahkan kepada umum hampir sedekad selepas kemangkatannya pada 30 Mac 2002 ketika berusia 101 tahun.
Pada 2009, pengarang biografi William Shawcross mendedahkan dalam buku The Queen Mother: The Official Biography bahawa baginda menjalani prosedur membuang ketumbuhan pada 1966 susulan disahkan menghidap kanser kolon. Pada 1984, baginda sekali lagi menjalani pembedahan selepas didiagnos dengan barah payudara.
5. RAJA EDWARD VIII
Edward VIII yang diberi gelaran Duke of Windsor selepas turun takhta merupakan perokok tegar sepanjang hayatnya. Baginda mangkat pada 28 Mei 1972 ketika berusia 77 tahun akibat kanser tekak.
6. RAJA GEORGE VI
Pada 1951, paru-paru kiri bapa Ratu Elizabeth II terpaksa dibuang akibat ketumbuhan. Baginda tidak berjaya pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu. Setahun kemudian pada 6 Februari 1952, baginda mangkat dalam tidur dek kanser paru-paru ketika berusia 56 tahun.
Merupakan perokok tegar seperti adiknya Raja Edward VIII, Raja George VI menghidap penyakit vaskular periferi yang menyebabkan klaudikaso tak selanjar. Bermakna, mendiang mengalami kesakitan pada ototnya akibat kekurangan oksigen.
7. PUTERI DIRAJA VICTORIA
Cahaya mata Ratu Victoria dan Putera Albert ini mangkat akibat barah payudara pada 5 Ogos 1901 ketika berusia 60 tahun. Tiga belas tahun sebelum itu, suaminya yang merupakan Maharaja Jerman, Frederik III juga terkorban akibat kanser tekak.
8. RAJA EDWARD VII
Semasa pemerintahannya dari 1901 hingga 1910, Raja Edward VII menghidap sejenis kanser kulit, karsinoma sel basah di sekitar hidunganya. Ia berjaya dirawat menggunakan radium pada 1907, menurut biografi Bertie Jane Ridley: A Life of Edward VII.
Baginda mangkat tiga tahun kemudian pada 6 Mei 1901 ketika berusia 68 tahun. Bagaimanapun kematiannya tiada kaitan dengan kanser, sebaliknya disebabkan oleh jangkitan paru-paru.
Bahaya ye penyakit kanser ini, untuk info antara jenis kanser yang diwarisi secara keturunan adalah kanser usus, payu dara, ovari, selaput rahim (endometrium), tiroid, pankreas, kanser darah (leukaemia) dan beberapa jenis kanser lagi!
BACA LAGI : Raja Charles III Didiagnos Dengan Kanser, Ini Butiran Lanjut
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.