Kehilangan Pricess of Wales, Kate Middleton daripada radar setelah dilaporkan menjalani pembedahan abdominal dengan jayanya telah menjadi topik yang hangat dibualkan bukan sahaja oleh rakyat di Britain tetapi juga oleh masyarakat dunia.
Kali terakhir Kate, 42 membuat kemunculan rasmi di khalayak ramai adalah pada Hari Natal bersama ahli keluarga diraja Britain lain.
Kate hanya kembali muncul menerusi hantaran foto di Instagram bersama tiga anaknya, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis pada sambutan Hari Ibu peringkat United Kingdom pada 10 Mac lalu yang telah menjadi objek kritikan awam berikutan suntingan tidak kemas yang dilakukan Kate menggunakan perisian Photoshop.
Sejak itu, Kate kembali menghindarkan diri daripada melakukan mana-mana kemunculan awam sehingga menimbulkan kesangsian.
Kira-kira jam 2 pagi waktu Malaysia pada 23 Mac 2024, Kate menerusi hantaran video di media sosial akhirnya mendedahkan kondisi kesihatan beliau pada waktu ini.
Kongsi Kate, beliau telahpun didiagnos dengan kanser tahap awal setelah menjalani pembedahan perut pada 16 Januari lalu. Berikutan itu, beliau perlu menjalani kemoterapi bagi mencegah punca ketumbuhan itu daripada merebak.
Ads
“Ia merupakan kejutan yang sangat besar buat saya, suami dan keluarga. Kami akan berusaha melakukan segala-galanya.
“Saya perlu sihat dan kuat setiap hari. Saya perlu memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh. Fikiran, badan saya perlu bersemangat.
”Dengan mempunyai William di sisi saya juga merupakan sumber keselesaan dan jaminan yang hebat. Begitu juga kasih sayang, sokongan dan kebaikan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat di seluruh dunia. Ia sangat bermakna bagi kami berdua.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti menghantarkan kiriman mesej berbentuk sokongan,” ujarnya.
Ads
Foto rasmi keluarga diraja Putera William & Puteri Katharine sempena Hari Natal 2024 bersama Putera George (kanan), Puteri Charlotte (tengah) dan Putera Louis (kiri).
Koresponden diraja di Britain saling berpendapat bahawa William & Kate telah memilih waktu yang tepat bagi membuat pendedahan ini. Ini kerana pasangan diraja itu ingin melindungi keselamatan & kesejahteraan emosi tiga anak mereka yang kini baru sahaja menjalani cuti perayaan Easter di Britain dan ingin sama-sama memberikan sokongan kepada ibu tercinta mereka itu.
Meninjau ruangan komen video pendedahan Kate Middleton di saluran YouTube BBC, warganet turut berdukacita dengan perkhabaran ini.
Ada juga yang berpandangan kritikan serta cemuhan yang diterima Kate berikutan isu suntingan gambar tidak kemas tempoh hari tidak seharusnya berlaku dan berharap agar ‘keyboard warrior’ yang melontarkan kata-kata nista termasuklah, “Kate Middleton seorang penipu,” meminta maaf dan menyesali perbuatan mereka itu.
Ads
Terdahulu pada 6 Februari 2024, Raja England, Raja Charles III turut didiagnos dengan kanser dan kini sedang menjalani rawatan susulan di istana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dek penularan varian Omicron yang semakin menular di peringkat antarabangsa kini, agak sukar untuk Malaysia membendung varian ini daripada terus menular di dalam negara kita.
Begitulah antara intipati yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai kemasukan varian tersebut yang dikatakan sudahpun berada di Malaysia.
Katanya, gelombang penularan varian Omicron sudahpun bermula di Malaysia. Malangnya kes COVID-19 dijangka bakal meningkat. Namun buat masa ini statistik jangkitan virus itu masih terkawal disebabkan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang.
Foto : BERNAMA
“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini,” catatnya sambil mengingatkan agar orang ramai terus memakai pelitup muka sewaktu berada di luar.
Beliau turut menambah tiga perkara yang kini sedang difokuskan iaitu, “#TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan cari). Booster (penggalak). #PICKids (vaksin kanak-kanak),” dengan merujuk kepada program vaksinasi dos penggalak yang sedang dilaksanakan kerajaan dan vaksinasi untuk kanak-kanak.
Gelombang Omicron bermula di Malaysia. Kes akan ⬆️ namun Insya’Allah terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi. Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama2 kita mengatasi gelombang ini. Mask. #TRIIS. Booster. #PICKids. https://t.co/KYLzwPon1w
Usaha oleh Kementerin Kesihatan ini tidak mungkin berjaya tanpa kerjasama masyarakat kita sendiri. Oleh itu, sama-samalah kita sertai usaha KKM ini demi mencegah gelombang penularan dengan bertanggungjawab mematuhi SOP serta menjalani ujian saringan berkala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasakan kawan-kawan minta tolong time sesak. Manis mulutnya berjanji untuk membayar balik sehinggakan kita rasa kasihan. Tapi bila dah dapat duit, nak bayar agak liat.
Lebih sakit hati bila tengok kawan yang kita bagi pinjam tu beli barang macam-macam, lagaknya kalah orang kaya. Bila kita minta balik wang yang dia hutang, sama ada nombor telefon kita kena block, nombor tak diangkat, nombor sudah ditukar. Lebih teruk buat-buat tak tahu atau kenal kita sebagai kawannya.
Baca tulisan peguam ini, Nor Zabetha yang tolong drafkan surat yang boleh kita buat sendiri di rumah. Kalau peminjam tak bayar selepas tempoh tamat, kita boleh saman dia di mahkamah.
Ramaikan yang hadapi kes begini tapi kita tak tahu cara bagaimana nak tuntut semula duit kita!
Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?- Jom share.
Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!
Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.
Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tukis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-
Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah : Pada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.
Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.
Nyatakan jumlah pinjaman: Contoh: Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
Cara bayaran bagaimana? : Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama? JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
Masukkan terma pengingkaran : Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.
TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.
Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.
Sila share, untuk pengetahuan bersama supaya tidak menjadi PEMBERI PINJAM YANG TERANIAYA.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam minggu ini, kewujudan page Masak Apa Tak Jadi Hari Ini #MATJHN bagai menjadi fenomena bagi rakyat Malaysia.
Mencecah lebih dari 1.3 juta ahli dalam tempoh beberapa hari, orang ramai yang sudah lama terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakui gambar-gambar masakan “tak jadi” ini sangat menghiburkan ditambah kata-kata netizen yang boleh dianggap bergurau mengenai masakan tersebut.
Namun blog ini mula dicemari dengan satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa netizen mengeluarakan kata-kata kesat dan katanya lagi netizen memberi komen bukan berdasarkan masakan paunya yang hangus sebaliknya mengandungi penghinaan dan meletakkan simbol dan meletakkan simbol gambar B***
Satu laporan polis dibuat dengan mendakwa pandangan diberi netizen tiada kaitan dengan pau hangus dimasaknya. Malah katanya lagi netizen lemparkan kata-kata kesat
Menurut salinan laporan yang dinaikkan di akaun facebooknya, laporan polis dilakukan di balai polis Pasir Puteh, Ipoh.
Ermmm, inilah padahnya bila kita menulis dengan emosional. Dari suka-suka, senda gurau akhirnya membawa kepada laporan polis.
Dalam page TTKM, disiarkan beberapa komen netizen yang disertakan oleh wanita tersebut yang didakwanya mengandungi kata-kata kesat dan hinaan terhadap beliau.
Pandangan netizen yang akhirnya mencetuskan laporan polis dibuat
Tambah wanita itu lagi, tujuan beliau memasukkan gambar pau hangus itu adalah sekadar untuk berkongsi dan bukannya untuk menerima hinaan.
Beliau juga menuntut mereka yang membuat komen itu memohon maaf secara terbuka.
Buletin TTKM mendapati hantaran beliau di group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL itu dinaikkan pada 21 April lepas. Ruang komen pada hantaran tersebut kini telah ditutup oleh admin group tersebut.
Sementara itu pada jam lebih kurang 1 pagi 23 April 2020, hantaran wanita itu yang menaikkan salinan laporan polis beliau tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan setelah menerima ribuan komen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakannya membuat laporan polis berhubung isu tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...