Kate Middleton & Meghan Markle Tak Terlepas Dimarahi Istana Gara-Gara..

Share

 

Tak sangka pula setelah bergelar puteri raja, kedua-dua pasangan diraja Britain ini masih tak terlepas daripada kena marah.

 

Berbeza dengan kita yang selalu dimarahi emak, pensyarah dan bos, Kate Middleton dan Meghan Markle yang masing-masing mengahwini Putera William dan Putera Harry dimarahi oleh pihak Istana Kensington atas beberapa sebab.

Jika dulu, ia selalu disebabkan oleh cara berpakaian mereka kerana Kate dan Meghan dikenali sebagai fashion risk takers.

Namun baru-baru ini, mereka diberikan amaran kerana terlalu banyak khabar angin tidak benar yang tercetus disebabkan perlakuan mereka di publik. Walaupun mereka mungkin melakukannya tanpa niat dan tidak disengajakan, namun ia secara tak langsung akan memberi persepsi negatif terhadap keluarga diraja.

Khabar angin bertukar kepada kecaman haters Kate dan Meghan di media sosial dan ia berlaku terlalu kerap. Ratusan ribu komen negatif diterima sehingga boleh dikategorikan sebagai cyber bullying.

Keadaan ini memaksa Istana Kensington mengawal komen haters

Kate dan Meghan dengan cara menurunkan komen dan block profil sang haters serta-merta. Pihak Istana melaporkan masa mereka banyak dihabiskan untuk kerja yang tidak penting ini.

Oleh itu, Istana Kensington berharap agar Kate dan Meghan tidak membuka ruang untuk sebarang jenis kontroversi dalam waktu terdekat.

BACA: Semua Lelaki Boleh Belajar Daripada 4 Perbuatan Putera Harry, Sweet Sangat!

***

Macam yang kami katakan tadi, mungkin Kate dan Meghan tidak sengaja.

Contohnya, baru-baru ini Meghan dilihat menutup pintu kereta sendiri dan dia telah ditegur oleh pihak Istana kerana perbuatan itu dikatakan ‘membahayakan’ keselamatannya.

Alasannya, sekiranya sesuatu berlaku di luar kenderaan, Duchess of Sussex itu tidak akan sempat masuk semula ke dalam kereta untuk menyelamatkan diri.

Hanya sekiranya keadaan aman dan keselamatan terjamin, pegawai kerajaan akan menutup pintu kereta.

Ish, susah juga jadi sebahagian daripada keluarga kerabat!

Published by
FZ