kate
kate

Walaupun usia sudah menginjak 42 tahun, Kate Middleton kelihatan cantik dan awet muda setanding remaja yang 20-an.

ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Cantik Han So Hee: Tak Minum Kopi & 50 Kali Kunyah Makanan

Ramai terkejut apabila mengetahui petua kecantikan isteri Putera William itu adalah racun lebah!

Sumber melaporkan, Kate membayar sekitar AS$325 (RM1,300) untuk satu sesi bagi menikmati rawatan wajah menggunakan racun lebah.

Kate Middleton Sanggup Guna Racun Lebah Untuk Kecantikan Kulit Dan ‘Kekal’ Remaja
recun lebah

Namun sesuai dengan harganya, racun lebah mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kulit.

Satu kajian yang dilakukan mendapati ia mampu secara aktif mengurangkan dan melambatkan proses penuaan serta menghilangkan kedutan di wajah.

Ads

Jadi sebab itu, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan orang muda bagi mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan rawatan racun lebah.

Rawatan wajah menggunakan racun lebah juga memberi tambah nilai kerana ia bersifat anafilaksis dan mampu menegangkan otot wajah, selain meningkatkan peredaran darah wajah.

Kate Middleton Sanggup Guna Racun Lebah Untuk Kecantikan Kulit Dan ‘Kekal’ Remaja

Ads

Semua elemen ini sekaligus membuatkan wajah anda lebih bercahaya dan bersinar. Jadi tak hairan, Kate nampak sentiasa cantik setiap kali gambarnya dirakam kamera.

Selain Kate, antara selebriti yang melakukan rawatan serupa termasuklah Gwyneth Paltrow dan Victoria Beckham.

8 fakta istimewa tentang wanita yang bakal bergelar Permaisuri England suatu hari nanti ini.

Ads
  • Dilahirkan degan nama penuh Catherine Elizabeth Middleton, beliau dilahirkan di Hospital Royal Berkshire di Reading pada 9 Januari 1982.
  • Beliau telah dibaptiskan di St Andrew’s Bradfield, pada 20 Jun 1982. Merupakan anak sulung daripada tiga anak adik beradik.
  • Keluarga di sebelah ayahnya memang rapat dengan Keluarga Diraja sejak dahulu lagi. Moyangnya, Olive Middleton, menjadi tuan rumah kepada ahli keluarga Diraja Britain sekitar tahun 1920-an & 1930-an. Manakala, keluarga ibunya berketurunan pelombong arang batu dan telah disifatkan sebagai golongan kelas pekerja.
  • Beliau mempunyai seorang adik perempuan, Pippa, & seorang adik lelaki, James.
Kate Middleton Sanggup Guna Racun Lebah Untuk Kecantikan Kulit Dan ‘Kekal’ Remaja
Kredit foto: Paolo Roversi/ Instagram @dukeandduchessofcambridge
  • Suaminya, Putera William, Duke of Cambridge, berada di tempat kedua dalam barisan pewarisan takhta Diraja British, menjadika beliau bakal menjadi permaisuri pada masa hadapan.
  • Putera William telah meminangnya menggunakan cincin milik ibu, mendiang Puteri Diana. Cincin batu nilam rona biru itu cukup istimewa bagi Kate Middleton
  • Berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey. Duchess of Cambridge ini telah menggayakan busana dari jenama Alexander McQueen.
  • Memiliki tiga cahaya mata, dua putera dan seorang puteri. Putera George, Puteri Charlotte, & Putera Louis masing-masing berada di ketiga, keempat dan kelima dalam barisan pewarisan takhta Diraja British.

BACA LAGI : Jarang Mekap Tebal Tapi ‘Onz’ Sentiasa, Ini Rahsia Cantik Daiyan Trisha

BACA LAGI : 10 Individu Muslim Yang Diiktiraf Dunia, Bukti Islam Tidak Sekat Kejayaan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI