Walaupun usia sudah menginjak 42 tahun, Kate Middleton kelihatan cantik dan awet muda setanding remaja yang 20-an.
ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Cantik Han So Hee: Tak Minum Kopi & 50 Kali Kunyah Makanan
Ramai terkejut apabila mengetahui petua kecantikan isteri Putera William itu adalah racun lebah!
Sumber melaporkan, Kate membayar sekitar AS$325 (RM1,300) untuk satu sesi bagi menikmati rawatan wajah menggunakan racun lebah.
Namun sesuai dengan harganya, racun lebah mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kulit.
Satu kajian yang dilakukan mendapati ia mampu secara aktif mengurangkan dan melambatkan proses penuaan serta menghilangkan kedutan di wajah.
Jadi sebab itu, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan orang muda bagi mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan rawatan racun lebah.
Rawatan wajah menggunakan racun lebah juga memberi tambah nilai kerana ia bersifat anafilaksis dan mampu menegangkan otot wajah, selain meningkatkan peredaran darah wajah.
Semua elemen ini sekaligus membuatkan wajah anda lebih bercahaya dan bersinar. Jadi tak hairan, Kate nampak sentiasa cantik setiap kali gambarnya dirakam kamera.
Selain Kate, antara selebriti yang melakukan rawatan serupa termasuklah Gwyneth Paltrow dan Victoria Beckham.
8 fakta istimewa tentang wanita yang bakal bergelar Permaisuri England suatu hari nanti ini.
BACA LAGI : Jarang Mekap Tebal Tapi ‘Onz’ Sentiasa, Ini Rahsia Cantik Daiyan Trisha
BACA LAGI : 10 Individu Muslim Yang Diiktiraf Dunia, Bukti Islam Tidak Sekat Kejayaan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.