Kelincahan aksi Arif Aiman Hanapi yang merupakan pemain sayap Harimau Malaya dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas padang sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Dapat Jolokan ‘Messi Malaysia’, Fakta Arif Aiman Hanapi Yang Ramai Tak Tahu
Dianggap antara bintang masa depan bola yang akan terus memancarkan sinar harapan buat pasukan negara.
Sedar dengan bakat pemain berusia 20 ini, TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menitip pesanan berguna buat pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi dalam laman sosial Instagram.
Baginda berkata, pemain muda itu harus sentiasa merendah diri dan tetap disiplin walaupun diri berada di atas. Nasihat ini dicatat Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya di ruang komen Instagram Arif Aiman.
“Bagus Arif. Kekal merendah diri dan tetap berdisiplin. Kau masih muda dan perjalanan masih jauh,” catat Tunku Ismail.
Pemilik JDT itu turut mendoakan Arif Aiman diberkati oleh Allah dan diberi banyak lagi rezeki serta kejayaan di mana sahaja pemain itu berada terutamanya dalam bidang bola sepak.
“Jaga diri,” catat Tunku Ismail.
Catatan itu dibalas Arif Aiman menerusi tekad dan janji untuk sentiasa mengingati pesanan TMJ.
“Junjung kasih Tunku atas segalanya. Saya akan sentiasa ingat semua pesanan Tunku. Insya-ALLAH,” katanya.
Apa-apa pun, REMAJA ingin mengucapkan all the best kepada Arif Aiman untuk meneruskan rentak cemerlang apabila diturunkan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.
BACA : Gadis 21 Tahun Disunting Kelab Bola Sepak Di India, Pertama Seakannya Oleh Wanita Malaysia
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.