Nama usahawan dan pempengaruh sensasi, View Chin dan staf wanitanya, Amirah Aqilah menjadi bualan hangat apabila didakwa menjalin hubungan istimewa.
Terbaharu, Amirah atau lebih disapa sebagai Meera mengakui keadaan mentalnya amat penat apabila dirinya teruk menerima kecaman dan kritikan daripada warganet.
Pun begitu, Amirah sedang berusaha untuk bangkit kembali meskipun sedar ramai yang tidak menyukainya.
Ads
“Ramai yang tanya Meera (Kau ni tak ada perasaan ke! Kau ni tak tahu malu ke! Kau ni nak play victim ke! Kau ni sundal!) Banyak kata-kata negatif yang Meera dapat.
“Mental Meera sangat penat, doakan Meera okey. Meera cuba untuk bangkit balik,” coretnya.
Ads
Perkara tersebut dikongsikan gadis itu menerusi sebuah hantaran video terbaharu di entri Instagram miliknya.
Bagaimanapun menerusi coretan panjang lebar itu, dia turut mengakui kesilapan yang berpunca daripada dirinya. Jelasnya lagi, dia sedang cuba memperbetul dan ingin berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.
Ads
“Meera ada silap dan sedang perbetulkan silap, kecaman, hinaan dan cacian. Semua ini sebab atas diri yang pernah buat silap. Meera akan berubah untuk yang lebih baik.
“Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Waktu makan tengah hari warga kota pada hari ini telah dikejutkan oleh bekalan elektrik yang terganggu untuk sementara waktu di sekitar Lembah Klang.
Menurut kemaskini oleh pihak Tenaga Nasional di akaun Facebook rasminya, mereka telah mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan. Di antara lokasi yang dilaporkan mengalami gangguan ini termasuklah KLCC, Ampang Point, Publika, Bangsar South, Bukit Jalil dan di Hospital UKM.
“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” catatnya.
Dalam pada itu, bukan hanya mereka yang berada di dalam bangunan sahaja yang terkejut dengan kejadian tersebut tetapi juga penumpang tren khususnya yang menggunakan laluan LRT Ampang-Sri Petaling.
Kata pihak Rapid KL, para penumpang dinasihatkan untuk bersabar dan mengikuti arahan yang diberikan. Penumpang juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan alternatif sewaktu perkhidmatan tren mengalami kelewatan kerana terpaksa bergerak perlahan serta berhenti lebih lama di stesen.
Hanya sekitar jam 2.15 petang tadi, barulah Rapid KL mengesahkan perkhidmatan tren telah berjaya diselaraskan dan jadual perjalanan telah kembali normal.
Nervous tak bila blackout tadi? Hehe.. mujur sesetengah kawasan di Lembah Klang telah pulih seperti sedia kala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini bukan satu lagi perancangan Michael Scoffield. Ini adalah realiti yang benar-benar berlaku semalam.
Pihak berkuasa Israel sedang memburu enam orang tahanan warganegara Palestin yang berjaya membebaskan diri dari Penjara Gilboa menerusi sebuah terowong yang didakwa digali oleh mereka sendiri.
Mereka telah dikenal pasti sebagai Mahmud Al-Aridah, 46; Ya’qub Qadiri, 39; Muhammad Al-Aridah, 39 dan Iham Kamamji, 35. Empat orang tahanan ini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dua lagi tahanan sedang menjalani proses tahanan tanpa bicara; iaitu Zakariyya Zabidi, 45 dan Munadil Nafi’at, 26.
Menariknya, Iham, Ya’kub dan Mahmud sememangnya telah dilabel penjara Israel sebelum ini sebagai tahanan yang kemungkinan tinggi akan cuba meloloskan diri. Nampaknya, mereka masih mampu melakukannya walaupun tumpuan keselamatan lebih ketat diletakkan ke atas mereka bertiga!
Apa yang menjadi persoalan orang ramai sekarang adalah bagaimana mereka mampu membebaskan diri daripada Penjara Gilboa yang terletak di antara Laut Galilee di Israel dan Tebing Barat bandar Jenin itu; sebuah penjara dengan sistem kawalan keselamatan tercanggih di Israel?
Biarpun pihak polis Israel belum secara rasminya mengesahkan cara yang mereka gunakan, beberapa foto dan video kini tular di media sosial menunjukkan sebuah terowong sempit yang digali dari dalam sel penjara hingga ke sistem perparitan di luar kompleks penjara itu.
Tahanan dipercayai mengambil masa berbulan-bulan untuk menggali lubang ini dari belakang sinki sel penjara yang dikongsi mereka berenam menggunakan sudu besi.
Menurut pesuruhjaya servis penjara Israel pula, tahanan tidak memecahkan dinding seperti yang dilaporkan beberapa portal media di sana.
Sebaliknya, tahanan mengeksploit kelemahan struktur bangunan penjara yang mempunyai kawasan berlubang (void) di sebalik lantai. Bahagian ‘plate’ lantai diangkat dan kemudian, barulah proses mengorek tanah dilakukan.
Sebaik saja bebas, mereka dipercayai mengoyakkan pakaian penjara demi mengelakkan diri daripada mudah dikesan.
Enam tahanan itu dipercayai telah tiba di Tebing Barat (West Bank) dan masih belum dapat dikesan. Sekatan jalan raya telah diperketatkan, drone diterbangkan dan helikopter telah dikerah oleh Israel untuk mengesan mereka.
Armed men fire in the air in Jenin tonight, in a show of force amid an intense manhunt for the six Palestinian security prisoners, originally from Jenin, who fled Gilboa Prison. pic.twitter.com/Hlb7bdHmq8
Malah, pihak penjara juga bertindak melakukan pemeriksaan menyeluruh pada Penjara Gilboa bagi memeriksa sekiranya ada lagi usaha menggali terowong oleh para tahanan lain. Demi melakukannya, tahanan penjara terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke penjara lain.
Penduduk Palestin dalam pada itu menyambut baik kejayaan tahnan membebaskan diri. Di sekitar kawasan Penjara Gilboa, penduduk diseru memadamkan rakaman video semalam bagi menggagalkan usaha Israel mengesan tahanan.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama percubaan membebaskan diri dilakukan oleh tahanan Penjara Gilboa. Ia pernah dicuba pada tahun 2014 apabila sebuah terowong ditemui dari kamar mandi tahanan. Namun, percubaan itu berjaya dipatahkan Israel hasil siasatan awal.
Siapa yang tidak bengang apabila kereta yang dipandu diparkir di tempat yang betul, tetapi tiba-tiba terdapat kesan geseran pada kenderaan milik kita. Pasti ramai yang pernah merasai situasi seperti ini kan?
Hal ini juga berlaku kepada Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim apabila beliau berkongsi foto dan video kereta miliknya telah digeser ketika parkir di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam.
Menurut perkongsian yang dimuat naik di laman instagram dengan kapsyen yang ditulis ‘Perangai’, bukti telah direkodkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah kereta BMW dengan nombor pendaftaran Singapura adalah pesalahnya.
Kejadian berlaku pada 2.17 petang semalam ketika pemandu BMW itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong bertentangan dengan kereta milik Tunku Idris.
Pesalah tidak langsung melihat kereta yang dilanggarnya itu sama ada berlaku kerosakan atau tidak, malah dia hanya berlalu pergi begitu sahaja. Difahamkan, kereta yang dipandu Tunku Idris itu adalah kereta elektrik Honda e, iaitu kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik tanpa mempunyai enjin.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan sedang menunggu hasil siasatan.
Diharap agar si pelaku menerima hukuman di atas kesalahan yang dibuat. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana sememangnya ia kerap berlaku dikalangan masyarakat kita. Lebih menyakitkan apabila si pelaku tidak bertanggungjawab dan melarikan diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...