
Baru-baru ini, seorang wanita dipercayai pekerja syarikat penerbangan Hong Kong telah berjaya ditangkap selepas perbuatannya menjual butiran penerbangan BTS dan beberapa selebriti K-Pop lain akhirnya terbongkar.
Menurut laporan media Korea Selatan, unit jenayah siber Agensi Polis Metropolitan Seoul mengesahkan seorang pekerja syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong telah diberkas kerana menjual butiran tempahan penerbangan BTS dan selebriti terkenal lain secara haram.
Pihak berkuasa juga mendedahkan bahawa mereka sedang menyiasat seorang wanita berusia 30 tahun dikenali sebagai A yang bekerja untuk syarikat penerbangan antarabangsa dan didakwa memasuki akses serta membocorkan ratusan butiran penerbangan sejak tahun 2023 sehingga 2024.
Difahamkan, wanita itu mempunyai akses secara langsung kepada sistem tempahan dalaman dan didakwa mencari nama selebriti dan tarikh lahir menggunakan perisian syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat penerbangan sulit, termasuk nombor tempat duduk.
Wanita itu juga kemudian menjual maklumat tersebut dan butiran tempat duduk tertentu dengan harga yang lebih tinggi lebih lagi untuk bintang terkenal seperti BTS.
Dalam pada itu, menurut penyiasat kes ini menganggarkan A telah menjual lebih 1,000 set data dan memperoleh keuntungan melebihi 10 juta Korea Won (RM30,840).
Pada awalnya, wanita berkenaan mengaku dirinya berkongsi maklumat itu sebagai bantuan kepada kenalan, tetapi kemudian mula menjual data tersebut untuk keuntungan.
Sekadar info, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai bintang K-pop dan selebriti lain telah lama menjadi sasaran peminat sasaeng yang cuba mendapatkan maklumat peribadi perjalanan. Masalah ini telah menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan dalam industri penerbangan berkaitan akses tidak sah kepada rekod penumpang.
Sementara itu, pihak berkuasa kini sedang memperluas siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam penjualan dan pengedaran butiran penerbangan selebriti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.