Kawal Jenayah Seksual Di Thailand, Pesalah Dimandulkan Dengan Suntikan

Share

Jenayah seksual sememangnya tidak mengenal mangsa. Bukan hanya orang dewasa yang terpaksa menanggung nasib sebagai mangsa, malah golongan remaja, kanak-kanak dan lelaki juga tidak terkecuali.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar 10 Tahun DiCabul Pemandu Van, CIKGU AJAR 5 KAEDAH Elak Jadi Mangsa Jenayah Seksual

Agak malang apabila mangsa jenayah seksual masih gentar untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa kerana beranggapan ia adalah kes bersifat taboo

.

Menyedari perihal ini, negara jiran Thailand telahpun memperkenal undang-undang baharu bagi pesalah jenayah seksual di mana mereka diberikan pilihan untuk dimandulkan menerusi suntikan kimia sebagai hukumannya.

Anna Efetova/GettyImages. Foto Via Healthline

Menurut laporan Times Now News, sekiranya pesalah memilih untuk melakukan rawatan pemandulan; hukuman penjaranya secara tidak langsung dapat dikurangkan. Pesalah juga akan dipantau selama 10 tahun dan dikehendaki memakai gelang pemantauan elektronik.

Difahamkan, rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat Thailand Mac tahun ini telah mendapat sokongan daripada 145 senator pada hari Isnin lalu dengan hanya dua wakil berkecuali. Pun begitu, ia belum benar-benar dimaktubkan dan masih perlu dibentangkan di Dewan Negara serta mendapat perkenan diraja.

Rang undang-undang itu hanya boleh dikuatkuasakan setelah ia diterbitkan di dalam Warta Diraja pada tarikh yang diputuskan oleh kabinet.

*

Lapor Thai PBS World, di bawah rang undang-undang ini, ubat-ubatan yang digunakan bagi rawatan pemandulan boleh ditetapkan hanya dengan kelulusan pakar psikiatri dan pakar perubatan dalaman serta dengan persetujuan pesalah jenayah seksual.

Sekiranya pesalah dianggap berisiko mengulangi kesalahan yang sama selepas mereka dibebaskan, mereka juga mungkin diberi pilihan untuk menerima suntikan pengurangan tahap testosteron dengan syarat ia telahmendapat kelulusan daripada dua orang doktor.

Dipantau Selama 10 Tahun

Memetik laporan Times Now News, Menteri Kehakiman, Somsak Thepsuthin berkata beliau mahu undang-undang itu diluluskan secepat mungkin.

“Saya tidak mahu melihat berita keburukan terus berlaku kepada wanita lagi,” katanya.

Jika kerajaan Thailand meluluskan rang undang-undang itu, mereka akan menyertai sekumpulan kecil negara yang menggunakan teknik pemandulan kimia seperti negara Poland, Korea Selatan, Rusia dan Estonia serta beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Korang setuju dengan undang-undang baru di Thailand ini atau beranggapan ia terlalu kejam?

BACA: Gara-Gara Ganja ‘Halal’ Di Thailand, Pelancong Malaysia Dinasihati Berhati-Hati Pilih Makanan

Sumber: Times Now News

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana