Perbuatan copy & paste di media sosial seolah tiada penghujung. Ironinya penulis asal sudah jauh terkebelakang kerana apabila sesuatu tulisan dimuat naik ke alam maya, ketika itu adalah individu yang tertarik untuk mengulang siarnya semula.

Lebih menyedihkan, pengulang siar semula itu langsung tidak memberikan kredit dari sumber mana mereka memetiknya. Apa yang mereka tahu, copy & paste dan kemudian menukar tajuk semata-mata untuk menimbulkan minat orang membacanya sedangkan isi bacaannya tidak sama.

Ramai di kalangan rakan penulis meluahkan isi hati masing-masing malah penulis yang terlibat dalam dunia kewartawan sejak berpuluh tahun lalu sudah lali dengan isu plagiat ini kerana tiada kawalan dilakukan.

Secara jujurnya, penulis menghalalkannya kalau apa yang disampaikan itu bermanfaat kepada orang lain. Tapi tak tahulah kepada rakan penulis yang lain kerana masing-masing ada pendapat sendiri.

KDN Beri Amaran,  Jangan Copy & Paste Buku Ini, Boleh Kena Penjara Tak Lebih 3 Tahun
Ada ratusan ribu buku diterbitkan oleh ramai penerbit di negara ini. pix hiasan

Sebenarnya ratusan ribu buku diterbitkan oleh penerbit di negara ini malah banyak media berautoriti seperti Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, NSTP, Utusan dan banyak lagi   tetapi kajian mendapati rakyat Malaysia hanya membaca 15 buah buku setahun dalam satu kajian dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2014. Masih di tahap rendahkan.

Ads

Mungkin ramai yang berminat dengan gajet, hiburan dan keseronokan lain dan sebagai generasi muda yang dikatakan malas membaca, korang boleh memberi pendapat tentang isu ini.

Tapi awas ya, demi memupuk tabiat suka membaca, jangan sesekali mengulang cetak atau siar 21 buah penerbitan ini kerana ia telah dikenakan perintah larangan oleh pihak KDN bermula hari ini.

Baca artikel  bawah ini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana kandungannya yang mungkin memudaratkan keselamatan, ketenteraman, moral dan kepentingan awam serta menggemparkan fikiran orang ramai.

Ads

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 – 401 bertarikh 19 Disember 2017.

KDN Beri Amaran,  Jangan Copy & Paste Buku Ini, Boleh Kena Penjara Tak Lebih 3 Tahun
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim

Beliau berkata warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

Ads

“Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan berkenaan dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,” katanya.

Senarai tajuk penerbitan yang dilarang:
Assalamualaikum : May Peace Be Upon You Observations On The Islamisation Of Malaysia
“Qun Jiao Wang Shi”
“36F Da Bo Mei De You Huo”
“Gou Nan Nv No. 2”
Antithesis
Loaded (No. Keluaran 242)
100 Keajaiban Di Dunia
Amalan Mustajab Dan Murah Rezeki
Senjata & Pendinding Mukmin
Asma Ul-Husna : Rahsia Dan Amalan 99
Nama Allah
Rahsia Dan Kelebihan Kayu Kokka : Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh AS – Tongkat Nabi Musa AS
Perjalanan Yang Cemerlang 1930 – 1980 Mempromosi fahaman komunisme.
Intense Pleasure
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Hampir Tidak Kesampaian Berakhir Tiada Kesudahan
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Dimanakan Ku Cari Ganti
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri
Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan – Pencarian Ilmu Dipenghujung Rasa
Agama Masa Depan : Perspektif Filsafat Perennial
25 Kisah Mukjizat Rasulullah
Meneladani Rasulullah & Cerita Lain

Sehubungan itu, Alwi berkata individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya telah melakukan suatu kesalahan.

“Mereka boleh disabitkan dengan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 8(2) Akta 301, katanya.

Alwi juga menyarankan agar orang ramai yang mendapati penerbitan itu masih ada di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di moha.spab.gov.my. – BERNAMA

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI