Berita

Keadaan Faisal Halim Semakin Stabil, Terima 10 Hari Rawatan Lanjut Di ICU

Share

Terbaru, tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan stabil selepas berjaya menjalani pembedahan kedua petang semalam susulan disimbah asid di sebuah pusat membeli belah pada Ahad lalu.

Faisal yang lebih senang disapa Mickey, sebelum ini mengalami kelecuran tahap empat, kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah Hospital Swasta Shah Alam.

“Faisal telah menjalani pembedahan selama tiga jam. Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini”, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Asid sulfurik pekat merupakan bahan kimia yang digunakan oleh si pelaku ketika menganiaya Faisal hingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat  di bahagian muka, leher, lengan dan badan.

Sebelum ini, pemain bola sepak Selangor FC itu dilaporkan masih terbatas dari segi percakapan dan pergerakan selepas pembedahan pertama. Susulan daripada itu, pemain itu juga dikatakan berisiko untuk bersara lebih awal daripada kancah bola sepak.

Kami mendoakan agar Faisal cepat sembuh dan semakin pulih sihat seperti sedia kala. InshAllah

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
ZOE