Keajaiban! Biar Koma 7 Bulan Akibat Pembedahan Tumor, Ibu Ini Selamat Lahirkan Anak

Share

Awal, doktor menjangkakan bayi dalam kandungan ini tidak akan selamat kerana pembedahan membuang tumor di kepala ibunya membahayakan kandungan. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Kun fa ya kun (jika Allah mengkehendakinya, maka jadilah ia).

Alhamdulillah, Farah Hanis, 41 selamat dilahirkan biarpun ibunya terlantar koma selama tujuh bulan di mana pakar perubatan menganggap ia sebagai satu keajaiban.

Biar belum pernah merasai setitis air susu ibunya namun ternyata anak kecil ini juga memahami penderitaan dilalui ibunya apabila kelihatan sihat dan membesar dengan baik. Ya barang kali dirinya juga sudah memahami derita ibunya dan enggan memberi sebarang masalah lain.

Kisah perkongsian mengenai seorang ibu muda, Kamareeah Arwae, 36 yang kini koma oleh jiran setamannya di fb atas nama Syira Nur Syahira mendapat perkongsian apabila ramai meluahkan rasa simpati atas nasib keluarga ini.

Baca perkongsiannya, moga ada rezeki kita semua untuk membantu ahli keluarga ini yang sedang diuji kesusahan.

Biar sudah berusia 41 hari, Farah Hanis sekali pun tidak pernah merasai susu ibunya yang terlantar koma sejak 7 bulan lalu. Gambar fb Syira Nur Syahira.

Sebelum ni banyak baca kisah-kisah sedih di facebook. Tapi kisah kali ini betul-betul berlaku sendiri di mata saya. Jiran sebelah rumah saya iaitu pasangan Fairol Haziri Bin Rahim (abe Yoe) 44 tahun dan isteri Kamareeyah Arwae ( Kak Yah) 36 tahun  di  PT 753, Taman Sl Badang, Jalan PCB kelantan.

Penderitaan mereka bermula pada Disember 2018 bila  Kak Yah disahkan mengidap tumor dalam kepala dan terpaksa dibedah. Setelah menjalani pembedahan pertama pada 25/12/2018, dia dimasukkan ke ICU HUSM dan lebih menyedihkan masih koma sehingga sekarang.

Ketika pembedahan pertama dilakukan, Dr mengesahkan Kak Yah mengandung dua bulan setengah (anak ke 2) & Dr menjangka kandungan akan gugur sebab terlalu lemah.

Tapi siapa kita untuk menidakkan Kuasa Allah. Kandungan selamat dan pada 16.5.2019 (8 bulan), operation czer dilakukan dengan keadaan kak Yah masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kasih sang suami yang tidak pernah luntur.Gambar Harian Metro

Alhamdulilah baby girl yang sangat comel & sihat. Anak sulungnya berumur setahun setengah & baby sebulan lebih tadi dijaga oleh sepupu abe Joe yang menyewa taman yang sama.

Demi untuk menjaga kakyah, abe Yoe terpaksa berhenti bekerja dan mereka tinggal menumpang di rumah yang disewa oleh adik abe  Yoe (sebelah rumah saya).
Abe Yoe tiada sumber pendapatan lain dan mengharapkan ehsan bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara yang bersimpati. Dan untuk pengetahuan semua Kak Yah berasal dari Thailand.

Pada Hari Ahad (23/6/19), JKM datang melawat dan menyumbang barang-barang keperluan dapur serta wang RM150 sebulan. Dan pada tarikh yang sama jugak “Third Force” datang menghulurkan sumbangan.

Bantuan-bantuan ini sangat jauh dari mencukupi kerana:
*Kak Yah perlu diberi susu khas RM92 setin(3 hari)
*Lampin pakai buang saiz L
*Peralatan sedut kahak
*Susu khas baby tak cukup bulan (susu nan pro 1)
*Bil-bil hospital yang tertunggak

Selain itu siapa-siapa yang ada pakaian anak2 kecil yang tak digunakan dan nak disedekahkan kepada anak-anak mereka, bolehlah berhubung dengan saya. Sehubungan dengan itu, saya amat-amat menyeru para dermawan semua, jom pakat bantu sikit sorang untuk meringankan beban Abe Yoe.

Sumbangan kewangan boleh dimasukkan ke akaun BSN :
0300141000081183
(Fairol Haziri Bin Rahim)

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros