Bencana besar sedang menduga Amerika apabila kebakaran besar melanda hutan California sejak seminggu lalu. Dikatakan 76 orang meninggal dalam tragedi terbesar ini manakala 1300 lagi dilaporkan masih tidak ditemui sehingga ke hari ini.
Banyak pelakon-pelakon Hollywood berkelas A yang menetap di negeri terbabit sudah berpindah dari kediaman masing-masing. Baru ini, pelakon filem London Has Fallen, Gerard Butler menunjukkan separuh kediamannya musnah terbakar di mana tiada satu pun dapat diselamatkan.
“Ia sesuatu yang sangat menyedihkan dan begitu menyayat hati. Seperti biasa cukup bangga dengan keberanian, semangat dan pengorbanan anggota bomba,” tulis pelakon berkenaan dalam akuan Instagramnya.
Selain Gerard Butler, antara selebriti lain yang berpindah dari kediaman masing-masing termasuklah Kim Kardashian West, Scott Baio, Rainn Wilson, Jessica Simpson, Miley Cyrus dan Guillermo del Toro.Kim Kardashian dalam tweetnya memberitahu api sudah memusnahkan harta dan rumah mereka.
“Saya hanya berdoa semua orang selamat,” ujarnya. – AGENSI.
Di sebalik tragedi yang melanda ini, dari dron yang mengambil gambar-gambar seperti disiarkan oleh MFA Media Group pada 15 November lalu kelihatan rumah-rumah di lingkungan ini bagaikan menjadi debu, ranap dan hancur sementara pokok di sekelilingnya bagaikan tidak terusik.
Ads
Dari DRONE 40 yang dipaparkan menunjukkan seolah-olah “bukan api” yang memusnahkan kediaman tersebut kerana begitu mustahil api yang marak tidak membakar pokok-pokok berkenaan seperti dipersoalkan oleh orang ramai yang berasa kehairanan.
Api mengganas yang memusnahkan beribu-ribu hektar tanaman, rumah dan tanah kediaman di California yang disebut sebagai Camp Fire itu turut mendapat perhatian dari Presiden Amerika, Donald Trump yang mengadakan lawatan di lokasi berkenaan berkata, situasi ini sangat menyedihkan dan mengulang pendiriannya bahawa pengurusan hutan yang tidak betul adalah penyebab kebakaran besar tersebut.
Ads
“Pihak pengurusan hutan perlu memperbaiki pemeliharaan hutan ini dan ia sesuatu yang tidak boleh berulang kembali,” katanya dalam siri lawatan itu.
Ads
Bagaimana pun, pakar berpendapat, perubahan iklim, peningkatan populasi merupakan faktor utama penyebab kebakaran. Petugas bomba masih berusaha memadamkan titik api di beberapa lokasi termasuk Camp Fire (titik api terbesar) selain di Woolsey Fire berdekatan Los Angeles.
Tonton video ini seperti disiarkan oleh MFA Media Group.
PARADISE GONE: Shocking drone video shows the grim reality in Paradise, California, where block after block has been destroyed by fire. At this point, the death toll is at 48 with hundreds missing.
Ramai yang sudah sedia maklum tentang trend sukan berbasikal yang kini menjadi aktiviti bukan hanya para remaja, namun semua golongan turut melakukan sukan ini sebagai riadah.
Namun, banyak juga komen yang diberikan masyarakat apabila ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab bermain basikal di tempat yang tidak sepatutnya dan membahayakan nyawa.
Terbaharu, Polis Diraja Malaysia melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihaknya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, penunggang basikal yang melanggar undang-undang bole dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Tindakan akan diambil mengikut t Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.
Hal ini berbangkit semula apabila isu berbasikal ini kembali ‘panas’ di media sosial dengan memaparkan aksi penunggang basikal yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, penunggang yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Kaedah 42 yang membawa hukuman sama boleh dikenakan jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.
Pihak polis tidak menghalang aktiviti berbasikal, namun mereka harus mematuhi aspek keselamatan yang telah ditetapkan.
Jika tidak ada undang-undang ketat yang dilaksanakan, semakin ramai individu tidak bertanggungjawab ‘bermaharajalela’ di atas jalan raya sehingga mengancam nyawa mereka sendiri dan orang lain.
Dalam beberapa hari ini telah tular sebuah rakaman video seorang pelajar sekolah menengah dipukul oleh beberapa rakannya. Menerusi rakaman video yang tular itu, mangsa didapati dipukul oleh beberapa orang pelajar lain sebagai salah satu cara untuk ‘menyambut’ hari jadi.
Pelbagai reaksi yang telah diluahkan oleh netizen berikutan rakaman belasah yang memang nampak sangat menyakitkan buat mangsa. Menurut komen-komen dari netizen, perkara seperti ini bukanlah satu benda baru tetapi dianggap sebagai ‘tradisi’ di kalangan pelajar sekolah menengah sekarang.
Berikutan dengan kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis. Menurut Ketua Senior Asisten Komisioner Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata mangsa yang berusia 17 tahun tersebut melakukan laporan polis di ibu pejabat polis pada Ahad lalu.
Jelas beliau, insiden tersebut berlaku pada 8 Februari dan pihak polis telah sebenarnya telah mula melakukan siasatan terlebih dahulu sebe;um mangsa membuat laporan. Mangsa dikatakan membuat laporan polis pada jam 9 pagi pada hari Ahad.
Tambah beliau lagi, siasatan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah di Shah Alam dan polis kini sudah mengenal pasti semua pelajar yang terlibat. Pihak sekolah juga telah mengadakan siasatan dalaman.
Dan semalam, seramai 9 orang pelajar telah ditahan oleh pihak polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Mereka telah ditahan sekitar jam 11.30 pagi pada Isnin sebelum dibebaskan pada jam 4.45 petang.
Rakam video selama 30 saat yang tular itu menampilkan seramai lapan orang pelajar menyanyikan lagu Happy Birthday sebelum memukul mangsa dengan batang penyapu, menendang dan menumbuk mangsa.
Nasihat Remaja, jika korang menjadi saksi kepada kejadian seumpama ini janganlah berdiam diri. Lakukan sesuatu seperti melaporkan kepada guru dan pihak berkuasa. Jangan nanti sudah berlaku kecederaan parah atau lebih teruk lagi kematian, barulah semua nak tergadah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan pantas Ustaz Ebit Lew yang berasa sayu melihat penduduk di Selangor yang terjejas bekalan air membuatkan beliau segera membeli air dua lori besar untuk mengagihkan air bagi membantu penduduk di kawasan terjejas.
Dalam perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit Lew membuat agihan membantu penduduk di kawasan pinggiran Batu Caves yang mana menurutnya masih belum selesai pengagihannya walau sudah dilakukan sejak 10 malam tadi.
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli 2 lori besar air untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.
Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.
Terima kasih Ustaz, semoga Allah membalas semua jasa baik Ustaz di dunia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejarah tercipta di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila atlet silat negara, Thamaraj Vasudevan menjuarai kategori bebas Putera di Kejohanan Pencak Silat...