
Baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas tentang pembukaan semula destinasi pelancongan Pulau Tioman dan Genting Highlands, kini nampaknya rakyat Malaysia terpaksa menyimpan dulu niat ke sana kerana khabarnya gelembung pelancongan domestik itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata ia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Hanya penduduk Pahang sahaja dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri ini dengan mengikut SOP ketat yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya korang sudah membuah tempahan, boleh terus hubungi pengusaha pelancongan untuk tindakan lanjut, sama ada ditangguhkan atau sebagainya.

Bercakap tentang pelaksanaan SOP, antara yang dikenakan adalah pengunjung ke Pulau Tioman mesti lengkap dua dos vaksin dan mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki feri.
Hm, nampaknya nak tak nak korang kena tunggulah keputusan kebenaran rentas negeri sebelum nak ke Pulau Tioman dan Genting Highlands ya.
Sumber: (1)
Kaya Dan Jelita, Song Hye-Kyo Dianggar Miliki Harta Sebanyak RM128.6 Juta. Wow!

Bak kata orang kalau tak jadi kaya baik jangan jadi artis. Itulah hakikat yang dialami oleh kebanyakan pelakon K-pop yang kini mampu menjana pendapatan tinggi bukan sahaja menerusi karier seni namun pelbagai cabang bidang seperti penajaan, duta produk dan juga perniagaan.
Jadi tidak hairanlah semakin hari semakin ramai K-pop idol yang bergelar jutawan. Apatah lagi nilai komersial mereka kini telah berkembang dengan pesat di peringkat global.
Termasuklah pelakon cantik, Song Hye Kyo!
Sejak drama Autumn In My Heart, sehingga ke Encounter, Song Hye Kyo dilihat langsung tak berubah. 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni Korea, dan usianya bakal memasuki angka 4 tapi dia kelihatan cantik menawan sekali. Langsung tak jemu dipandang. Hebat kan?
Meskipun kisah peribadinya sering menjadi sebutan ramai tambahan pula mengenai kisah cintanya, wanita itu tetap berjaya terus hidup secara low profile sepanjang kariernya. Menjadi duta dari pelbagai jenama terkenal dan mewah seperti Chaumet, Bottega Veneta dan Sulhwasoo dan banyak lagi. Ini membuktikan pelakon ini masih lagi relevan walaupun jarang muncul di kaca televisyen. Bukan beshe-beshe tau jenama ini semua!
.
Disebabkan oleh tajaan dan juga projek lakonan yang disertainya, Song Hye-kyo merupakan antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi dalam kalangan pelakon wanita Korea yang lain. Tapi persoalannya, bagaimana bintang Hallyu ini membelanjakan pendapatannya yang mungkin tak habis dimakan berlapis keturunan pun!
Dikhabarkan bahawa Song Hye-kyo menerima bayaran sebanyak 42,000 USD (RM174,279) setiap episod drama dibintanginya. Wow!!!!
.
Tapi tak hairan la sebab pelakon wanita ini berjaya mencipta nama menerusi pelbagai drama popular seperti “Autumn In My Heart”, “Full House”, “Descendants Of The Sun” dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, kepopularitiannya juga tembus sehingga ke apsaran China apabila dia disambar untuk membintangi beberapa filem hebat di negara itu. Semakin popular dia di negara luar, semakin tinggi bayaran yang diterimanya apabila membintangi sesebuah drama atau pun iklan. Dahsyat!
.
Jumlah milikan Song Hye-kyo dikhabarkan mencecah 31 million USD (RM128.6 juta) dan wanita ini pandai dalam menguruskannya. Ini kerana dia banyak menghabiskan duit tersebut untuk melabur dalam hartanah bahkan wanita cantik ini memiliki 3 hartanah di Samseong-dong yang merupakan kejiranan mewah di Seoul. Bahkan Song Hye-kyo juga pernah memiliki pangsa mewah di Manhattan, betul-betul berhadapan dengan Central Park New York namun akhirnya dijual pada tahun 2018.
Walaubagaimanapun, wanita ini memiliki hati secantik wajahnya apabila dia juga sering menderma untuk organisasi yang membantu golongan yang memerlukan. Tidak hanya menikmatinya seorang diri, Song Hye-kyo turut menggunakan kelebihan yang dimilikinya untuk menghulurkan tangan kepada orang lain.
Betul-betul beauty with brain Song Hye-kyo ni kan?
Sumber : Kdramastars
Yakin Dan Positif, Peserta Ratu Cantik Cipta Sejarah Bertanding Tanpa Secalit Solekan

Ini baru betul ratu cantik secara semulajadi!
Menjadi ratu cantik mungkin memberi sedikit tekanan kerana mereka pastinya kena sentiasa kelihatan cantik untuk tatapan umum. Maka, setiap kemunculan tidak sah sekiranya tidak mengenakan solekan. Walau tidak mampan, asalkan wajah tidak kusam ia sudah memadai.
ARTIKEL BERKAITAN : Dari Seorang Atlet Ke Ratu Cantik, Transformasi Naib Juara Miss Global 2022 Tuai Pujian

Namun begitu, tidak semua peminat yang sentiasa memuji kecantikan ketika bermekap saja, malah ada yang lebih menghargai apabila melihat wajah gadis berwajah polos.
Barulah peminat boleh nilai natural beauty ke tidak kan? Hiks!
Baru-baru ini, finalis Miss England mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta ratu cantik yang bertanding tanpa memakai sebarang solekan. Dengan keyakinan yang dibawanya itu, Melisa Raouf yang berusia 20 tahun dan merupakan pelajar kolej dari selatan London mara ke separuh akhir pertandingan tersebut.

Pusingan akhir dijangka berlangsung pada Oktober ini dan kemungkinan besar, Raouf dikatakan berpeluang merangkul mahkota kejuaraan Miss England.
“Ia cukup bermakna buat saya kerana ramai gadis daripada pelbagai peringkat usia mengenakan mekap kerana berdepan tekanan dan terpaksa berbuat sedemikian. Jika seseorang itu gembira dengan kulit yang mereka miliki, kenapa perlu menutupi keaslian wajah dengan solekan?
“Setiap kelemahan itulah yang menjadikan siapa kita sebenarnya. Bahkan, itu juga salah satu cara menjadikan setiap individu unik,” katanya dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar.

Menurut Melisa Raouf , pada awalnya, pernah memakai solekan pada usia muda, sebelum memutuskan untuk mengelak tradisi dalam pertandingan itu.
“Saya tidak pernah merasakan diri memenuhi piawaian kecantikan. Baru-baru ini saya menyedari kecantikan itu datangnya daripada kulit saya sendiri dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk bersaing tanpa mekap,” jelas beliau lagi.
Raouf sebelum itu menarik perhatian dunia apabila memuat naik gambar swafotonya di Instagram miliknya dengan kapsyen ‘wajah tanpa mekap.’ Beliau juga dengan tegas berkata, ‘menerima ketidaksempurnaan’ tersebut.

Sementara itu, penganjur bagi pertandingan Miss England yang dikenali sebagai Angie Beasley berkata , mereka telah memperkenalkan pusingan Model Top Bare Face pada tahun 2019 kerana kebanyakan peserta menghantar gambar yang disunting dan solekan yang tebal.
“Ini kali pertama saya melihat seorang peserta tanpa solekan bersaing di peringkat separuh akhir dan dia bersemangat untuk bertanding dengan semua peserta lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya,” ujar Beasley.
Cukup yakin dan positif ye peserta bernama Melisa Raouf ini. Good luck girls!
BACA : Jelita Tapi Jadi Keldai Dadah, Naib Juara Pertandingan Ratu Cantik Ditahan Di Apartmen Mewah
Sumber: CNN News
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pawagam Sedia Beroperasi Semula Untuk Penerima Vaksinasi LENGKAP Saja

Pengusaha panggung wayang nampaknya bole menarik nafas lega kerana pawagam dijangka sudah bersedia untuk kembali beroperasi setelah sekian lama ditutup.
Namun, semuanya tertakluk kepada syarat iaitu hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee, pengunjung serta kakitangan pawagam juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di dalam premis.

“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi. Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada,”
“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” jelasnya lagi.

Selepas ditutup lebih setahun sejak Mac 2020 serta alami kerugian lebih RM600 juta, pengusaha pawagam kini berada dalam keadaan yang amat tenat. Penutupan pawagam turut menggugat kehidupan lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia yang bekerja di dalam industri filem dan pawagam.
Diharap dengan pembukaan pawagam ini juga dapat memberikan peluang buat individu yang telah divaksin melepaskan tekanan kerana panggung wayang dikatakan antara tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.
BACA: Industri Pawagam Kian Tenat, Persatuan Pemamer Filem Malaysia Rayu Dibenarkan Beroperasi Semula
Sumber: (1)