Baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas tentang pembukaan semula destinasi pelancongan Pulau Tioman dan Genting Highlands, kini nampaknya rakyat Malaysia terpaksa menyimpan dulu niat ke sana kerana khabarnya gelembung pelancongan domestik itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata ia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.
Hanya penduduk Pahang sahaja dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri ini dengan mengikut SOP ketat yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya korang sudah membuah tempahan, boleh terus hubungi pengusaha pelancongan untuk tindakan lanjut, sama ada ditangguhkan atau sebagainya.
Bercakap tentang pelaksanaan SOP, antara yang dikenakan adalah pengunjung ke Pulau Tioman mesti lengkap dua dos vaksin dan mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki feri.
Hm, nampaknya nak tak nak korang kena tunggulah keputusan kebenaran rentas negeri sebelum nak ke Pulau Tioman dan Genting Highlands ya.
Sumber: (1)