Remaja lelaki bernama Muhammad Zulfikal Asmadi, 14 ini menjadi bualan ramai setelah tindakannya yang nekad menongkah arus deras dan ombak besar kira-kira 100 meter dari pantai demi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan yang hampir lemas di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini pada Jumaat lalu.
Menurut remaja tersebut dia secara kebetulan bersama beberapa penduduk kampung berada di bangsal nelayan berdekatan lokasi kejadian sebelum diberitahu mengenai insiden itu.
“Sebaik tahu ada mangsa lemas, saya dan penduduk bergegas ke pantai. Dari jauh saya nampak budak perempuan itu tenggelam timbul beberapa kali. Dalam situasi cemas itu saya hanya fikir satu sahaja iaitu ingin menyelamatkan nyawa dia.
Ads
“Pada mulanya, saya nekad untuk meredah ombak, namun selepas ternampak sampan yang ditinggalkan nelayan saya terus ambil sampan itu dan mendayung mengharungi ombak sejauh 100 meter dari pantai,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Penunjuk, di sini, pada Ahad.
Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal itu berkata, sebaik menghampiri mangsa, dia meminta kanak-kanak itu berpaut pada perahu sementara dia mengayuh sehingga ke tepi pantai.
“Disebabkan perahu yang saya gunakan itu bersaiz kecil, saya tidak berani bawa kanak-kanak itu naik ke atas perahu kerana bimbang ia terbalik. Saya minta dia bergayut dan bertahan sehingga ada beberapa individu lain yang turut sama memaut kanak-kanak itu,” ujarnya.
Ads
Anak sulung dari empat adik-beradik itu berkata, dia berasa lega dan bersyukur kerana dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut memandangkan ketika itu ombak begitu kuat.
Muhammad Zulfikal memberitahu, dia mahir berenang dan mengendalikan sampan serta bot kerana sering mengikut bapanya, Asmadi Ripin, 42, yang juga seorang nelayan turun ke laut menangkap ikan sejak berusia 12 tahun.
Sementara itu, Asmadi berkata, dia bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas anaknya dan mangsa lemas berjaya diselamatkan. Rakaman video Muhammad Zulfikal cuba menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut tular di media sosial sejak Ahad.
Tindakan berani remaja itu mendapat pelbagai reaksi positif warganet yang memuji keberaniannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
17 daripada 21 orang remaja bawah umur ditemui maut di sebuah kelab dekat kawasan perumahan manakala empat lagi rakan mereka yang lain maut tidak lama kemudian di hospital, lapor media di Afrika Selatan.
Kejadian misteri remaja maut beramai-ramai yang berlaku di East London, Afrika Selatan pada Sabtu lalu itu dipercayai berkait rapat dengan pengambilan minuman beralkohol.
Polis dan pasukan forensik menjalankan siasatan seawal hari Ahad lalu. Foto : NY Times
Peawai keselamatan kerajaan negara itu, Unathi Binqose berkata berdasarkan kain selempang dan rambut palsu yang ditemui di lokasi, kesemua mangsa dipercayai meraikan tamatnya peperiksaan pada malam kejadian.
Hasil penemuan tubuh kesemua mangsa mendapat tiada kesan luka pada mayat. Kini mereka sedang menunggu bedah siasat untuk menentukan sama ada kematian mereka ada kaitan dengan keracunan alkohol.
Situasi di luar kelab mada malam kejadian, Sabtu lalu. Foto : AFPSalah satu mayat mangsa dibawa masuk ke kenderaan forensik. Foto : NY TimesJiran-jiran di kawasan tersebut memerhatikan situasi di sekitar kelab terbabit pada hari Ahad.. Foto : NY Times
Memandangkan kesemua mangsa masih bersekolah, kematian 21 remaja ini dianggap Menteri Polis Afrika Selatan, Bheki Cele sebagai satu tragedi mengerikan. Turut memberikan kata-kata takziah ialah Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang kini berada di Jerman bagi menghadiri sidang kemuncak G7.
Beliau tampil menyuarakan kebimbangan terhadap peraturan keselamatan dan undang-undang yang tidak ketat di kelab terbabit. Lalu, agensi pelesenan minuman keras serantau di sana sedang mempertimbangkan pembatalan lesen kedai terbabit dan mengenakan pertuduhan jenayah terhadap pemiliknya kerana melanggar undang-undang.
Untuk pengetahuan korang, Afrika Selatan menetapkan undang-undang membenarkan minuman alkohol kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Malaysia mencatatkan 2195 lagi kes positif COVID-19 dan di Kelantan sahaja mencatatka kes mendadak naik mencapai 332 kes sehari, manakala Serawak 508 kes dan Selangor 431 kes positif.
Ekoran daripada peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan, Menteri Kanan (Keselamatan) semalam , memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula hari ini sehingga 2 Mei depan akibat peningkatan kes Covid-19.
“KKM hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 396 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Menurut Astro Awani, perkara ini dilaksanakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga turut mengarahkan semua sekolah di tujuh daerah yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan ditutup sehingga 24 April.
Pada masyarakat di luar sana, terus kekal duduk rumah dan elakkan berada di luar jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting.
Lagi khidmat bas percuma telah diperkenalkan di negara kita dan kali ini negeri Melaka pula mengambil langkah sama seperti kerajaan Selangor lakukan sejak beberapa tahun lalu.
Berita tentang pelancaran bas percuma di Melaka ini telah dilakukan pada awal bulan ini yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.
Berkuatkuasa mulai semalam, bas percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Melaka dijangka memberikan manfaat kepada lebih 290 ribu orang penduduk dalam tempih setahun.
Sektor pelancongan terutamanya di kalangan orang muda dna pencong asing dijangka akan terus meningkat dengan pengenalan bas percuma ini.
Di manakah laluan yang akan digunakan oleh bas percuma Melaka?
Terdapat 3 laluan utama iaitu Melaka Sentral ke Mydin (melalui Simpang Kipmart), Melaka Sentral ke Mydin (melalui Hospital Besar) dan Melaka Sentral ke Pasar Transit. Bas percuma ini beroperasi bermula dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam.
Menurut pengendali iaitu syarikat di bawah kerajaan Melaka, Panorama Melaka Sdn. Bhd., ia merupakan sebagai salah satu inisiatif dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan untuk memberikan khidmat cukup bermanfaat ini.
Jadi buat kamu yang ingin berjalan-jalan di Melaka, gunakanlah peluang menikmati bas percuma ini. Boleh jimat duit!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.