Imitation is definitely the best form of flattery.
Bukanlah perkara baru apabila persembahan seorang penyanyi dilihat mirip persembahan penyanyi lain.
Situasi tersebut berlaku pada malam Anugerah Juara Lagu 34 apabila persembahan kedua oleh Aina Abdul mencuri tumpuan penonton.
Membawakan lagu Sumpah, Aina yang menyarungkan dress ciptaan TSyahmi membuat gimik apabila darah mula mengalir pada bajunya itu!
Netizen pantas membandingkan persembahan tersebut dengan persembahan Lady Gaga sewaktu membawakan lagu Paparazzi di anugerah Video Music Awards 2009.
Sewaktu tiba di klimaks lagu masing-masing, pakaian mereka berdua tiba-tiba dibasahi ‘darah’.
Hhm, kebetulan atau tak?
Aina Abdul menjelaskan konsep persembahan tersebut menerusi akaun Instagram.
“Hati yang berdarah!
“Alhamdulillah, persembahan Aina tadi merupakan kesinambungan video muzik SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.
“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba Aina sampaikan,” tulisnya lagi.
Sama ada kebetulan sama atau tak, yang penting apa yang nak disampaikan oleh Aina memang sampai.