Kecantikan itu adalah perihal yang amat subjektif. Yang cantik di luar tidak semestinya cantik di dalam dan sebaliknya.
Hantaran tular oleh Majalah Remaja berkaitan solekan 16 orang finalis pencarian Dewi Remaja 2022 pada minggu lalu di media sosial bertukar tular dalam tempoh seminggu dek banjiran komen warganet yang rata-rata menabur persepsi negatif terhadap foto yang dimaksudkan.
Lantas, ia hangat diperkatakan di ruangan portal serta media sosial sehinggakan beberapa personaliti terpanggil untuk memberi pendapat mereka berkenaan hal ‘face shaming’ ini termasuklah penyanyi rap serta usahawan, Caprice.
Menerusi hantaran video terbaru di akaun Instagram, Caprice menjelaskan mengapa perihal kecantikan tidak wajar diukur dari rupa luaran sahaja; apatah lagi dihukumi menerusi satu hantaran kompilasi foto di media sosial.
“Malaysia, kecantikan bukan dari segi rupa sahaja. Ia boleh diukur dari segi cara mereka bawa diri, cara mereka fikir. Cara mereka bekerja (dan) perangai. Semua ini boleh buat seseorang lebih cantik.
“Kena ingat, kecantikan dari rupa sahaja mana boleh bawa sampai tua tetapi akal, cara kita fikir (dan) cara kita bawa diri dan perangai semua boleh dibawa sampai kita mati. InsyaAllah,” ujarnya.
Tambah Caprice lagi secara sinis, warganet yang galak menabur komen-komen negatif sedemikian ibarat tidak mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.
“Kepada makcik-makcik yang kecam mereka semua, face shaming. Saya nak tanya sikit, saya bagi korang gosok gigi. Ada cermin ke tak?
“Kepada pakcik-pakcik yang kecam mereka semua, saya faham kenapa korang stres.
“Sebabnya hari-hari selepas korang balik kerja, korang kena jumpa bukan Jennifer Lopez tapi Jennifer Londeh. Saya faham korang stres. Sebab itu korang luahkan peraaan benci atau marah,” selorohnya.
View this post on Instagram
As the saying goes, beauty is definitely in the eyes of the beholder.
Namun, kecantikan sejati yang tidak boleh diperkotak-katikkan atau dibuat ‘wayang’ adalah kecantikan jiwa dalaman serta akal fikiran.
Selain Caprice, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2019 Shatirah Amanda turut tampil memberikan pandangannya mengenai isu kecantikan menjadi bahan kecaman ini.
Sehingga kini, hantaran oleh Majalah Remaja itu telah menerima lebih 2500 komen dan lebih 2100 ‘share’ di Facebook.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.