Baru-baru ini, finalis Hero Dewi Remaja 2023 telah menjadi buah mulut warganet gara-gara sebuah klip video sebuah agensi media tempatan yang dilihat bertanya kepada mereka mengenai peribahasa.

Sempat Remaja bertanya mengenai perkara tersebut kepada personaliti media sosial, Dr. Say Shazril, dia menganggap setiap kecaman sebagai satu cara pemasaran yang baik buat mereka, terutama individu yang terpalit dengan isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Niat Perlu Betul, Jangan Stres & ‘Have Fun’ Saja” -Pesanan Scha Al-Yahya Buat Finalis Hero Dewi Remaja 2023

“Kecaman Adalah ‘Marketing’ Yang Baik, Asalkan…” -Dr. Say Shazril

“Okey, bagi saya kecaman ini semua adalah satu jalan ‘marketing’ yang baik. Asalkan ia bukan satu kecaman yang mereka lakukan sesuatu perkara yang negatif.

Dr. Say berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran serum terbaharu Nivea Luminous Anti-Age & Spot 2-in-1 Serum Infused Moisturizer dan Post-Acne Marks Gel-Like Serum.

Ads

Pada majlis pelancaran tersebut juga turut dimeriahkan oleh barisan selebriti terkenal Hong Kong, Rosina Lam & Natalie Tong selain selebriti tempatan iaitu Intan Najuwa dan As-ad Motawh.

Dalam pada itu, pempengaruh terkenal berkenaan turut menyifatkan rancangan realiti Hero Dewi Remaja adalah sebuah platform ‘segera’ yang bagus bagi mereka yang ingin menceburi dunia seni.

“Sejujurnya bagi saya tiada masalah langsung Hero Dewi Remaja. Jika saya sendiri diberi peluang sekali lagi kan, memang saya akan masuk.

Ads

“Kerana, Hero Dewi Remaja ini memberi satu platform yang agak segera, ‘short cut’ untuk masuk dalam industri seni.

“Kecaman Adalah ‘Marketing’ Yang Baik, Asalkan…” -Dr. Say Shazril

“Itulah, jika saya diberi peluang sekali lagi, saya akan cuba sebaik mungkin dan jangan sia-siakanlah. Moga berjaya buat semua finalis, insya-Allah jika ada rezeki kita akan berjumpa nanti,” ujarnya lagi.

Ads

Sekadar info, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Dr. Say Shazril


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI