Gagal sekali tidak bermaksud akan gagal selamanya. Kegagalan sebenar adalah apabila seorang insan itu berhenti daripada terus mencuba untuk mencapai impian hidup mereka.
Itulah yang cuba dilakukan oleh empat orang bekas peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 ini apabila mereka dilaporkan akan meneruskan perjuangan mereka bagi memburu gelaran juara dan membanggakan negara masing-masing. Begitupun, kali ini mereka tidak lagi bertanding untuk Miss Universe sebaliknya di Miss Supranational 2022 pula.
Empat orang jelitawan ini terdiri daripada wakil Miss Universe Peru 2021, Yely Rivera; wakil Miss Universe Mauritius 2021, Anne Murielle Ravina; wakil Miss Univeerse Poland 2021, Agata Wdowiak dan paling terbaru, wakil Miss Universe Afrika Selatan 2021, Lalela Mswane.
Apabila jelitawan Peru, Yely Rivera gagal menempatkan diri dalam posisi Top 16 di Miss Universe 2021, ramai beranggapan ia adalah satu bentuk kerugiaan bagi organisasi Miss Universe. Graduan Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran ini bukan saja cantik tetapi juga berbakat dalam bidang muzik di Peru.
Anne Murielle Ravina merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan merupakan ahli keluarganya yang pertama untuk bergelar graduan universiti. Gadis berusia 27 tahun ini menyelenggarakan beberapa projek di bawahnya seperti Stars Agency, Her Rodrigues dan Global Shapers Rodrigues Community.
Wajah babyface Agata Wdowiak membuatkan ramai pihak terkejut apabila mengetahui gadis berusia 26 tahun ini sedang menuntut dalam jurusan Teknologi Nano.
*
Pengumuman organisasi Miss South Africa Selasa lalu telah mengejutkan ramai pihak dan peminat dunia ratu cantik. Ini kerana Lalela bukan calang-calang peserta, beliau berjaya menempatkan diri sebagai pemenang tempat ketiga sewaktu bertanding di Miss Universe 2021 di belakang juaranya, India
dan naib juara, Paraguay.Ramai beranggapan Lalela akan berdepan tekanan hebat untuk memenangi gelaran Miss Supranational 2022 disebabkan pencapaiannya yang membanggakan di Miss Universe tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Kerajaan Afrika Selatan Boikot Pertandingan Miss Universe 2021. Tidak Akan Sokong Wakil Negara – REMAJA
Tidak kurang juga ada pihak merasakan peluang untuk bertanding di Miss Supranational 2022 seharusnya diberikan kepada wakil Afrika Selatan lain yang sama berpotensi seperti Dr Moratwe Masima (Naib Juara Miss South Africa 2021) dan Zimi Mabunzi (Pemenang Tempat Ketiga Miss South Africa 2021).
Dengan pemilihan Lalela kali ini, ramai keliru dengan keputusan organisasi Miss South Africa yang seakan menidakkan peluang gadis lain.
Kata mereka dalam sidang media pada minggu ini, keputusan menghantar gadis sama ke pertandingan ratu cantik berbeza bukanlah satu perkara baharu. Selagi persediaan sempat dilakukan, keputusan tersebut dibolehkan.
Apa pendapat korang? Adakah perutusan wakil sama ke pertandingan berbeza ini akan memberikan negara-negara ini peluang yang lebih cerah disebabkan mereka punya pengalaman luas sewaktu bertanding di Miss Universe? Ataupun ini sekadar agenda negara-negara ini untuk ‘membalas dendam’ di atas kegagalan wakil mereka di pertandingan terdahulu?
Miss Supranational 2022 akan dilangsungkan di Poland pada bulan Julai 2022.
ARTIKEL BERKAITAN : Kisah Tiga “Top 16” Miss World 2007 Yang Kemudiannya Mencipta Nama Di Pentas Miss Universe – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.