Di zaman millennial ini, rata-rata pada usia 16 tahun, remaja di Malaysia masih bersekolah dalam tingkatan empat. Waktu ini, mungkin masih tercari-cari identiti dan masa depan kerana belum habis SPM lagi. Sebahagiannya hanya tahu bermain games, sweet-sweet cinta dan leka dengan smartphones.
Baru-baru ini, tular dilaman Twitter sekeping foto seorang remaja lelaki tingkatan 4, yang bekerja sebagai penghantar makanan ‘Dahmakan’, duduk berseorangan sementara menunggu pesanan, yang dikongsi oleh rakan sekerjanya.
Rata-rata netizen memberikan kata-kata positif dan nasihat tapi tak kurang pula yang membuat pelbagai tanggapan dan andaian. Netizen turut mendakwa bahawa dia bekerja kerana kesempitan wang atau ibu bapa tidak mampu menanggungnya.
Bagi remaja tersebut yang dikenali sebagai, Muhd Irwan Shah Sabarudin, 16, dia melakukan pekerjaan itu bukanlah disebabkan kedua ibu bapanya tidak mampu menyaranya, namun..
“Jangan salahkan ibu bapa saya, ini pilihan saya. Dalam setiap perkara yang berlaku mestilah ada sebabnya dan jangalah cepat menghukum…”
Memandangkan peperiksaan akhir tahun sudah habis, dia bekerja kerana ingin mengisi masa dan mahu belajar berdikari mencari duit poket sendiri tanpa perlu mengharapkan duit iba bapa untuk membeli barangan yang diingininya.
“Sekurang-kurangnya, saya mendapat duit dengan bekerja dan boleh membeli apa yang dikehendaki tanpa terlalu bergantung dengan keluarga…”
Tidak ramai anak muda seusia itu sanggup melakukan pekerjaan tersebut, lebih-lebih lagi pekerjaan yang mengundang pelbagai risiko. Diharapkan, adik Irwan teruskan usaha, asalkan tidak mengabaikan pelajaran. Moga kisah ini dapat menjadi inspirasi buat remaja di luar sana agar sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan tidak membuang masa dengan benda yang tidak berfaedah.
Sumber : mStar / Twitter