Kecoh #InstagramDown Di Twitter, CIA Pun Mengaku Terkesan?

Share

Instagram down lagi?

Pengguna Instagram di seluruh dunia sekali lagi terkesan apabila pengguna tidak dapat mengakses foto dan video milik Facebook di aplikasi tersebut semalam dan perkara tersebut dikatakan berlarutan empat jam lamanya.

Dalam pada itu, jurucakap Facebook

mengesahkan bahawa terdapat masalah teknikal melibatkan Facebook, Instagram dan Whatsapp apabila pengguna tidak dapat menghantar gambar, video dan juga fail.

Difahamkan, pengguna juga menghadapi masalah untuk mengakses foto dan video, memuat naik foto dan video malah ada juga yang melaporkan tidak boleh akses  langsung aplikasi tersebut.

Susulan itu, trending di laman Twitter mengenai masalah tersebut dengan tanda pagar #InstagramDown. Malah, turut terkesan dengan masalah tersebut adalah Central Intelligence Agency (CIA)

apabila mereka turut tweet mengenainya.

“Ya, kami juga terkesan dengan masalah #InstagramDown, tidak bukan kami yang bertanggungjawab terhadapnya dan kami tidak boleh membantu anda. Kamu dah cuba buka dan tutup aplikasi itu?,” tulisnya.

Dalam pada itu, netizen juga turut berkongsi kekecewaan mereka apabila tidak dapat mengakses aplikasi tersebut.

 

Mujurlah masalah tersebut dapat diselesaikan. Apa taknya, Instagram, Facebook dan Whatsapp merupakan aplikasi penting yang turut digunakan dalam kehidupan seharian.

Moga-moga tiada masalah lagi selepas ini.

 

 

Published by
Khaleeda